berita

YTMA: Eminem & Girls’ Generation Ungguli Anugerah

November 4th, 2013 | by Ai
Kini Trending

eminem

Semalam telah berlangsungnya sebuah majlis anugerah yang baru diperkenalkan iaitu YouTube Music Awards (YTMA) di New York.

Tidak seperti majlis penyampaian anugerah yang lain, YTMA telah ditayangkan secara langsung menerusi laman YouTube sendiri dan bukan di kaca-kaca televisyen.

Untuk pengetahuan anda, setiap pemuzik yang tercalon di dalam anugerah ini telah dinilai berdasarkan statistik YouTube termasuk jumlah likes, komen, dan langganan.

Manakala pemenang bagi setiap kategori ditentukan melalui jumlah perkongsian video terbanyak di laman-laman sosial seperti Facebook, Google+ dan Twitter.

Bagi yang terlepas mengikuti perkembangan YTMA semalam, sukacitanya dimaklumkan bahawa Eminem telah memenangi anugerah Artist of the Year sekaligus merampas peluang Justin Bieber yang pada mulanya dijangka akan membawa pulang trofi tersebut.

Manakala untuk sebuah lagi anugerah terhebat menerusi kategori Video of the Year telah dimenangi oleh Girls’ Generation (SNSD) melalui video I Got A Boy.

Girls-Generation-SNSD -8

Kumpulan Kpop wanita itu berjaya mengalahkan pesaing-pesaing yang tidak kurang hebatnya seperti Miley Cyrus, Justin Bieber, Lady Gaga, One Direction, dan PSY.

YTMA hanya memperkenalkan enam kategori buat masa ini dan di bawah adalah senarai pencalonan dan pemenang bagi setiap anugerah yang dipertandingkan:

Artist of the Year:

  • Eminem (Pemenang)
  • Epic Rap Battles of History
  • Justin Bieber
  • Katy Perry
  • Macklemore & Ryan Lewis
  • Nicki Minaj
  • One Direction
  • PSY
  • Rihanna
  • Taylor Swift

Video of the Year:

  • Girls’ Generation : I Got A Boy (Pemenang)
  • Miley Cyrus : We Can’t Stop
  • Justin Bieber feat Nicki Minaj : Beauty and a Beat
  • Lady Gaga : Applause
  • One Direction : best Song Ever
  • PSY : Gentleman
  • Macklemore & Ryan Lewis feat Mary Lambert : Some Love
  • Demi Lovato : Heart Attack
  • Selena Gomez : Come & Get It
  • Epic Rap Battles Of History : Barack Obama vs Mitt Romney

Response of the Year:

  • Boyve Avenue feat Fifth Harmony : Mirrors
  • Jayesslee : Gangnam Style
  • Lindsey Stirling and Pentatonix : Radioactive (Pemenang)
  • ThePianoGuys: Titanium/Pavane
  • Walk Off the Earth feat KRNFX : I Knew You Were Trouble

YouTube Phenomenon:

  • Diamonds
  • Gangnam Style
  • Harlem Shake
  • I Knew You Were Trouble (Pemenang)
  • Thrift Shop

YouTube Breakthrough:

  • Kendrick Lamar
  • Macklemore & Ryan Lewis (Pemenang)
  • Naughty Boy
  • Passenger
  • Rudimental

Innovation of the Year:

  • Anamanaguchi : Endless Fantasy
  • Atoms For Peace : Ingenue
  • Bat For Lashes : Lilies
  • DeStorm : See Me Standing (Pemenang)
  • Toro Y Moi : Say That

SKIP THIS AD ×