berita

Yuna & Guba Bakal Bersatu September Ini!

August 21st, 2013 | by Ai
Kini Trending

Yuna & Guba

September depan bakal berlangsungnya Festival OzAsia 2013, di mana menerusi festival tersebut, pihak penganjurnya, Adelaide Festival Centre telah memilih Malaysia sebagai tema inspirasi festival mereka pada tahun ini.

Secara umumnya, ini merupakan acara tahunan yang diadakan pada setiap bulan September dan ianya akan berlangsung selama dua minggu berturut-turut.

Bagi festival kali ini, pihak Adelaide Festival Centre telah memilih dua penyanyi dari Malaysia, iaitu Yuna dan juga Gabriel Robert Rawantas atau lebih dikenali sebagai Guba, sebagai artis jemputan khas mereka.

Kedua-dua penyanyi ini difahamkan akan berkongsi pentas serta berduet menerusi lagu mereka berjudul You’re So Fine.

GubaYuna Pix Studio

Selain persembahan eksklusif daripada Yuna dan Guba, para penonton yang hadir turut bakal disajikan dengan pelbagai persembahan kebudayaan daripada para karyawan Australia, antaranya adalah teater, tarian, muzik, filem, sastera, seni visual, seni kreatif, serta sajian makanan.

Untuk makluman, festival ini bakal berlangsung pada 13 – 29 September 2013 dan persembahan eksklusif daripada Yuna dan Guba bakal berlangsung selama dua hari berturut-turut, iaitu pada 13 & 14 September.

Sebarang maklumat lanjut mengenai tiket serta festival ini, anda boleh layari website rasmi mereka di www.ozasiafestival.com.au/Guba.

Di sini OHBULAN! ingin selitkan juga video promo Yuna dan Guba menerusi lagu mereka You’re So Fine. Jom layan!

SKIP THIS AD ×