berita

Zed Zaidi Ambil Tindakan Lanjut Ke Atas Julia Perez

December 14th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Ekoran kes pertelingkahan di antara Presiden Seniman, Zed Zaidi dan pelakon seksi, Julia Perez semalam, ramai pihak media mahu mendapatkan penjelasan lanjut daripada mengenai pas kemasukan Julia Perez sebagai lawatan atau bekerja di Malaysia.

Zed Zaidi memaklumkan bahawa, bakal ada tindakan tegas akan diambil ke atas pelakon, Julia Perez yang datang ke sini bagi menjalani penggambaran filem Sumpahan Malam Pertama baru-baru ini tanpa permit yang sah.

Isu ini panas gara-gara apabila Julia Perez bermulut lancang mengutuk kualiti drama tempatan di laman Twitternya tanpa memikirkan kesan terhadap dirinya dan industri lakonan Malaysia.

Menurut Zed Zaidi melalui laman sosial Twitter miliknya, dia telah pun ke bahagian perlesenan Finas serta Bahagian Perlesenan dan Penguatkuasaan (SPP) untuk membuat pengesahan tentang permit Julia Perez menjalani pengambaran secara sah atau tidak.

Merujuk kepada jawapan yang telah diberikan oleh pihak  Finas, ada permohonan (SPP) atas tajuk Filem  “Sentuhan Malam Pertama” tetapi tiada permohonan (PFA) atas kemasukan Julia Perez. Tambahan lagi, borang pekerja filem asing tidak direkodkan dalam data Finas mengenai Julia Perez, cuma terdapat senarai artis tempatan sahaja.

Dibawah syarat Padu Citra (SPP), Julia Perez wajib menjadi ahli kepada 3 persatuan yang diiktiraf oleh Finas iaitu Artis Untuk Seniman. Dalam rekod Persatuan Seniman, nama Julia Perez tidak pernah didaftarkan sedangkan itu adalah syarat wajib bagi kelulusan permit (SPP).

Tambahan, Finas sedang menjalankan siasatan ke lokasi pengambaran melalui pasukan penguatkuasaan bahagian utara untuk tindakan tindakan lanjut. Menurut mesej ringkas yang di terimanya dari Pegawai Finas selepas solat jumaat tadi, akan datang lokasi membuat serbuan lokasi di Padang Kota Lama.

Dalam laman sosial Twitter miliknya juga, mempersoalkan Imigresen tentang kemasukan Julia Perez ke Malaysia sebagai pelawat tetapi menyalahgunakan permit lawatannya dengan bekerja di Malaysia tanpa sebarang tindakan.

Menurutnya lagi apa yang dilakukannya  adalah berdasarkan undang-undang, akta, garis panduan, serta syarat artis luar  yang bekerja di Malaysia.

SKIP THIS AD ×