berita

Zed Zaidi Bukan Lagi Presiden Seniman?

November 21st, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Zed Zaidi

Sekitar bulan Mei yang lalu, lima orang artis veteran terdiri daripada Abu Bakar Omar, Sahlan Sudiran, Mior Ahmat Zaudi Mior Ali, Datuk Abdullah Sani dan Roslinda Buang telah mendapatan perintah mahkamah untuk menghalang Mesyuarat Agung Persatuan Seniman Malaysia ke-15 dari terus berlangsung.

Dalam masa sama, kesemua artis tersebut yang bertindak sebagai plaintif telah memfailkan saman terhadap Seniman dan tujuh yang lain dengan mendakwa Mesyuarat Agung Persatuan Seniman Malaysia ke-14 dan Laporan Kewangan Tahun 2011 adalah tidak sah.

Susulan daripada kisah itu, Mahkamah Tinggi hari ini telah memutuskan mesyuarat tahunan ke-14 yang diadakan pada 25 Mei tahun lalu tidak sah dan terbatal.

Berita itu sekaligus menyebabkan Zed Zaidi yang menjadi Presiden kepada persatuan itu selama ini telah kehilangan jawatannya.

Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop mengarahkan Mesyuarat Agung diadakan semula dalam tempoh dua bulan dari tarikh hari ini dan akan dikendalikan oleh Pertubuhan Pendaftar (ROS).

Selain daripada itu, Rosilah turut memerintahkan agar kos perbicaraan sebanyak RM60,000 dibayar kepada Seniman dalam tempoh sebulan oleh defendan kedua hingga kelapan.

Kesemua defenden yang terdiri daripada Seniman dan bekas presidennya, Harun Salim Bachik, Omar Kamarudin @ Yusof Kelana, Wafa A. Kadir, Zed Zaidi, Elyas Ismail, Syed Ahmad Nahar Syed Mokhtar dan Zaharudin Wahab (Den Wahab) perlu membayar kos ganti rugi khas RM56,000 kepada plaintif.

Sumber: Kosmo! Online

SKIP THIS AD ×