berita

Zila Bakarin Tidak Kisah Dilabel Wanita Seksi

December 17th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Zila Bakarin merupakan nama yang tidak asing lagi dalam industri lakonan tempatan. Aktres yang sinonim dengan gelaran wanita seksi ini bagaimanapun tidak menafikan perkara tersebut dan akui cuba untuk mengubah cara pemakaiannya.

“Dulu memang saya seksi dan boleh dikategorikan sebagai seorang yang seksi sehingga berani mati. Tetapi sekarang ini saya cuba untuk kurangkan sikit seksi tersebut sebab umur pun dah menjangkau 37 tahun. Tak nak la nanti orang cakap, dah tua-tua pun perangai tak ubah-ubah,” ujar Zila sambil tergelak.

Mengulas lebih lanjut mengenai penampilan seksi pelakon ini, timbul juga persoalan dikalangan pihak media tidakkah Zila khuatir dengan perspektif masyarakat terhadap penampilannya dan bilakah agaknya dia ingin berhijrah untuk mengenakan hijab seperti rakan-rakan artis yang lain?

“Saya tak peduli apa orang nak cakap. Apa guna kita berubah pakai tutup-tutup tapi hati masih lagi busuk.”

“Kalau boleh saya nak tutup dan bersihkan hati dulu lepas tu barulah berubah.”

“Saya tak nak ‘target’ umur berapa untuk pakai hijab. Insyallah, sekiranya suatu hari terbuka untuk berhijrah, saya akan pakai juga.”

Berkongsi mengenai watak jahat yang sering dibawakan oleh Zila, pelakon wanita ini akui sememangnya dia lebih selesa untuk membawakan watak tersebut dan akur karakter sebegitu lebih sesuai untuk dirinya.

“Saya memang suka bawa watak jahat sebab watak tersebut senang. Macam muka saya ni, buat sikit je orang dah terus nampak jahat.”

“Saya paling suka bawa watak yang boleh dikatakan sebagai punca untuk sesuatu konflik dalam drama atau cerita tersebut. Yelah, sesuatu cerita tidak akan menarik  kalau tak ada watak jahat macam saya ini,” komen Zila sambil tergelak.

Mengulas lebih lanjut mengenai perkembangan terbaru, Zila yang baru sahaja melahirkan anak keduanya Julai lalu difahamkan bakal muncul dalam drama terbaru berjudul ‘Setia Hujung Nyawa’ yang akan mula ditayangkan pada 24 Disember ini menerusi Slot Akasia di TV3.

SKIP THIS AD ×