berita

Zizan, Emma Maembong Clash!

February 27th, 2015 | by Wan
Isu & Kontroversi

clash

Akhirnya teka-teki mengenai status hubungan di antara Zizan dan Emma Membong terjawab. Menerusi kenyataan terbaru Emma, pelakon wanita tersebut mengakui sudah tiada apa-apa hubungan dengan Zizan.

Nampaknya cinta yang dibina sejak beberapa tahun lalu hancur musnah di tengah jalan.

Kini Sekadar Kawan

kawan

Bercakap kepada Berita Harian, Emma mengakui tiada apa lagi yang diharapkan menerusi hubungan sebelum ini selain hanya sebagai seorang kawan biasa.

Secara jujurnya, saya dengan Zizan memang sudah tidak ada apa-apa lagi hubungan. Tapi itu tak bererti saya terus memutuskan persahabatan dengannya. Dunia hiburan ini kecil, balik-balik akan jumpa orang yang sama.

Sebab itu saya masih dilihat menemani atau bersamanya dalam acara hiburan. Tapi itu tak bererti saya dengan dia sudah berbaik semula.

Masih Sayang!

putus

Menurut Emma, dirinya masih sayangkan Zizan cuma jodoh tak panjang untuk melihat kedua-duanya ke pintu gerbang perkahwinan. Keputusannya untuk minta putus juga bersebab setelah sekian lama memendam rasa.

Benar memang orang suka dan doakan kami akan hidup bersama. Saya pun suka dengan situasi itu. Sudah dua tahun kami bercinta.

Sejujurnya apabila kami putus, ramai yang nampak seperti saya jahat dan tak kurang menganggap saya berkelakuan seperti budak-budak. Tak kisahlah apa orang nak cakap. Saya tak mampu memuaskan hati orang di luar sana.

Tapi takkanlah saya sewenang-wenangnya nak minta putus daripadanya. Mesti ada sebab. Tapi cukuplah saya pendam semuanya.

Kami di OHBULAN mendoakan yang terbaik buat Zizan dan Emma. Hurm.

SKIP THIS AD ×