berita

Zizan Razak Tunggu Kepulangan Juliana Evans?

May 26th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

ABPBH2013LR-zizan-1

Masihkah anda ingat siapakah gadis yang pernah dikatakan bercinta dengan Zizan Razak sebelum kehadiran Emma Maembong? Tak lain tak bukan ialah gadis berdarah kacukan Melayu Inggeris iaitu Juliana Evans.

Khabarnya Juliana Evans atau lebih mesra disapa Jue ini akan kembali ke Malaysia setelah menamatkan pengajiannya di Western Michigan University.

Dek kerana itu, timbul pula desas desus bahawa pelakon dan pengacara terkenal ini akan kembali menagih cinta Juliana Evans dan meninggalkan kekasih hatinya, Emma Maembong.

juliana dan zizan2
Foto kenangan Zizan & Juliana Evans

Zizan ketika ditemui selepas majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) berkata, jika dia ada hati sekalipun terhadap Juliana, tak mungkin dia akan meninggalkan Emma.

Kalau saya memilih dia, mungkin saya menunggu dia. Tetapi kalau saya dah dengan orang ini takkan saya nak buat macam itu kan?

Saya pun manusia. Saya dah mengaku ada apa-apa dengan Emma, takkan saya sekejam itu. Tetapi kalau saya ada hati pun dengan yang sana, takkan saya nak tinggal yang sini, betul tak?

ABPBH2013LR-259

Zizan hadir bersama Emma di ABPBH2013

Bagaimanapun, Zizan ketika ditanya mengenai kegagalannya meraih sebarang trofi pada malam tersebut berkata dia tidak kecewa dengan keputusan tersebut dan percaya rezeki ada dimana-mana.

Pada saya terserah pada Allah dan terpulang pada pengundi. Kita tahu pemenangnya bergantung pada rezeki, saya tak ada masalah.

Walaupun tak menang, saya masih lagi ada. Saya hanya boleh tersenyum dan redha, saya percaya apa yang berlaku ada sebab-sebabnya

Dalam perkembangan terbaru, Zizan bakal muncul dengan telefilem ‘Hantu Selfie’ arahan Michael Ang dan digandingan dengan buah hatinya, Emma Maembong.

Apapun, kami doakan kerjaya Zizan akan terus maju kehadapan.

SKIP THIS AD ×