berita

Zuan Melodi Kesal Dikaitkan Dengan Kes Putus Cinta Melia Aimelia

May 23rd, 2012 | by Ai | 29 comments
35
reads
Isu & Kontroversi

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba timbul cerita Melia Aimelia putus cinta dengan Zuan Melodi.

Berita yang dikeluarkan oleh sebuah portal online ini semalam terpaksa ditarik balik kerana menurut mesej yang dihantar oleh Melia kepada OHBULAN!, kemungkinan wartawan yang menulis laporan ini tersalah dengar sewaktu sesi temubual bersamanya. Lelaki yang dimaksudkan oleh Melia ialah Ridzhuan dan bukannya Zuan Melodi.

Zuan Melodi ketika dihubungi turut menyuarakan rasa kesal terhadap dakwaan yang dilemparkan padanya.

“Memang bikin panas apabila diri saya didakwa putus cinta 2 bulan dengan Melia sebab mana mungkin saya bercinta dengannya. Saya profesional dalam hubungan saya dengan mana-mana artis di Malaysia,” tegas Zuan ketika dihubungi.

Zuan turut terkilan apabila dakwaan yang dilemparkan padanya menyebabkan dia dituduh mengambil kesempatan terhadap pekerjaannya.

“Macam-macam orang bertanya pada saya dan ada yang terus melemparkan tuduhan yang kurang enak seperti mengambil kesempatan dan playboy. Saya tidak tahu apa motif sebenar sehingga nama saya dikaitkan, mungkin sebab mahu publisiti murahan atau ianya kesilapan teknikal,” ujar Zuan lagi.

Kontroversi yang melanda Melia Aimelia sebelum ini turut memberikan impak negatif pada Zuan.

“Kontroversi yang menimpa pelakon itu sebelum ini telah sedikit sebanyak menconteng arang ke muka saya & kredibiliti sebagai seorang wartawan apabila isu ini dikaitkan, keluarga dan teman-teman rapat saya juga hairan dan pelik kenapa nama saya dikaitkan?

“Untuk menjadi media yang baik, haruslah dikaji dan peluang menjawap harus diberikan kepada pihak yang didakwa, seperti mana saya lakukan di program Melodi. Saya hanya wartawan hiburan dan saya bukanlah artis,” ujar wartawan Melodi ini.

OHBULAN! sendiri hairan bagaimana wartawan yang menemubual Melia Aimelia itu boleh tersalah dengar? Atau memang Melia sengaja menggunakan nama Zuan namun apabila artikel ditarik balik atas aduan Zuan, Melia kemudian menukar kenyataannya dan memberitahu bahawa lelaki tersebut adalah Ridzhuan.

Ouh, itu hanya andaian kami, jangan ‘butthurt’ ya.

29 Comments

    • Pondan Sepi says:

      MUKA MCM JANTAN NI SELALU AKU NAMPAK TIME CIK CUR..

      • sekarang dah kena kat batang hidung lu, baru lu nak terasa. biasa lu yang suka gosip orang. bodoh!

      • Bekas Pondan Sepi says:

        ASSALAMUALAIKUM…
        SAYA INGIN MEMINTA MAAF KEPADA PEMILIK BLOG, SEMUA PENGUNJUNG BLOG INI, ARTIS2 DAN INDIVIDU YANG PERNAH BERKECIL HATI ATAU TERASA DENGAN PERBUATAN KEJI SAYA SELAMA INI DI BLOG INI. SAYA SGT MENYESAL DGN PERILAKU & TUTUR BAHASA SY SELAMA INI & BERTAUBAT TIDAK AKN MENGULANGINYA LAGI. SAYA BERHARAP ANDA DPT DOAKAN SAYA KE ARAH KEBAIKAN. DAN BEGITU JUGA DGN SAYA MENDOAKAN ANDA SEMUA SENTIASA DI LINDUNGI ALLAH S.W.T. AMIN.

  1. kiki says:

    macam2 la budak melia ni…

  2. puteh says:

    da kena batang hidung sendiri baru tahu…

  3. Khidmat masyarakat untuk anak seorang rakan rapat di UiTM Machang

    https://www.facebook.com/SaveIskandarSaveOurSon

  4. wawa says:

    mmmmm…..dugaan

  5. lengchai says:

    tau pn menggelupur..pdn muka ko zuan

  6. SKY says:

    mcm @#$$^%&^….Playboy la sgt…wei muka xbleh blah kot….slalu buat kat orang last2 kene batang hidung sendiri baru tahu…mamat ni kalo provoke org tak sedar diri…damn… blah la wei perasan cool…

  7. typical says:

    kata dah ditarik balik story? nama zuan je kot ditarik balik dr story

  8. kunyit says:

    WAH!! tahu melantun, mcm tu la bile ko terjah retis… padan muka ko!!

  9. nuhei says:

    Mamat uduh ni pon de yg nk ke?betape buduhnye..cari le yg bijak ske.t..xyah blajo tinggi pon boleh jd wrtawan hiburan..aslkn kaki gosiipp.

  10. Oren says:

    jadi…berani tanya…bersedia untuk ditanya dan dikutuk. Artis ke, Wartawan ke, Manusia biasa ke di nasihatkan bersedia untuk kepada org & bersedia juga untuk tkena kembali kpd diri…tq zuan

  11. siti says:

    aku rase macam menyampah giler dengan mamat ni coz dia penah kenakan fida dalam rancangan bam bam bom (tak silap aku, ntah…) boleh plak hal meminang buat main2.. buat malu muka orang je.. udah la katek.. botak plak tu.. tak penah pk perasaan orang lain gamak nye… eeiii.. geram plak aku.. memang TIDAK patut la dia digosipkan dengan mane2 artis.. bcoz.. mamat ni TAK LAYAK..

  12. kambing says:

    saya baru je baca portal hiburan tu…ada lagi la story tu…cuma nama Zuan jd wartawan hiburan je…

  13. kambing says:

    saya baru je baca portal hiburan tu…ada lagi la story tu…cuma nama Zuan jd wartawan hiburan je…kata ditarik serta merta…apa lah ohbulan ni…check la dulu sblm tulis..confident je dah ditarik balik…

  14. zuanmelodrama says:

    hah!!!…tau plak nk kesal…asyik die je bg org kesal..nah ambek kesal skali…