berita

Zulin Aziz Berang Jadi Bahan Gelak Netizen Kerana Tersalah Eja ‘Angkat’ Nikah

December 19th, 2016 | by Wan
Isu & Kontroversi

ohbulanzulin

Kata orang terlajak perahu boleh di undur, terlajak tweet habis kena viral! Kasihan pula kami dengan nasib yang menimpa Zulin Aziz apabila tweet dirinya jadi viral kerana kesalahan penggunaan bahasa.

Apa yang paling tak patut apabila Zulin Aziz dikutuk teruk oleh netizen kerana kesalahan tersebut. Mungkin dah tak tahan sangat dengan kutukan tersebut, Zulin Aziz luah rasa terkilan di laman Facebook miliknya.

Angkat nikah

screen-shot-2016-12-19-at-2-46-03-pm

aku sebut ANGKAT walaupun hakikatnya AKAD dan aku tulis ikut ejaan apa aku ckp.apa isunya? Suka hati aku lah nak taip ejaan atau macamana.Apa masalahnya?ko ingat aku xpergi sekolah ke xtau AKAD tu?Suka hati nak kata aku bodoh.Tag aku bertubi-tubi kata aku bodoh. aku bergurau… dah kenapa jadikan isu tu serious??aku tak paham org kita ni.Kalau salah org laju je nak menghentam.aku tak marah pada mulanya..tapi sampai ckp aku perempuan gemok hodoh dah la bodoh mak bapak tak hantar sekolah itu dah melampau.

Tolong respect orang

screen-shot-2016-12-19-at-2-46-17-pm

Aku boleh siap bergurau berkenaan isu ni aku biar je Tp ni sampai tak reti nak respect orang.Bila aku ckp org utara mmg slang bunyi dia ANGKAT.Dan patutnya aku xperlu explain dan layan..pleaselah.pergilah cari cerita lain.Itukan twitter aku suka hati akulah nak tulis ejaan macamana.Lainlah aku mencarut ke. Cakap benda lucah ke .ini aku eja mcmtu je pun tak tau pulak sekarang ni undang2 twitter nak kene eja atau guna bahasa buku. Get a life!

Katanya Zulin nak tutup akaun Twitter dia lepas kena kecam teruk dengan netizen. Alahai korang ni salah eja je pun chill lah.

screen-shot-2016-12-19-at-3-48-20-pm

Sumber :  Zulin Aziz

SKIP THIS AD ×