berita

1 Dari 5 Rakyat Malaysia Berbelanja Lebih Dari Kemampuan. Ini 5 Tips Terbaik Untuk Savings!

November 11th, 2019 | by Asyraf Khalib
Sponsored Post

Bila sebut pasal shopping, semua orang confirm tak boleh elak. Yelah, tiap-tiap bulan mesti wajib berbelanja. Tapi kalau sebut bab penjimatan, bukan semua orang mampu buat.

Memandangkan ekonomi Malaysia ni tak menentu, kami yakin ramai dekat sini yang perlukan tips untuk berjimat dalam perbelanjaan. So, ini antara yang korang boleh buat!

1. Rancang perbelanjaan

Bila gaji masuk, sebaiknya asingkan duit korang untuk bayar rumah, kereta dan bil-bil bulan lepas. Baki selebihnya barulah korang rancang untuk perbelanjaan lain sama ada nak menabung atau shopping.

Kalau korang nak beli barang dapur pulak, buat list barangan yang perlu dibeli. Ini untuk menggelakkan korang berbelanja barang yang tak perlu.

2. Ukur baju dekat badan sendiri

Berbelanjalah dengan bijak. Kalau korang baru start kerja, jangan pulak berbelanja macam orang yang dah lama bekerja dan bergaji besar. Nanti korang jugak yang susah. Pendek kata, belanja jangan terlalu ikutkan nafsu dan jangan ada niat untuk menunjuk-nunjuk.

3. Menabung

Menabung digalakkan untuk semua peringkat umur. Kalau anak-anak disuruh menabung tapi ibu bapa sendiri tak menabung bukan ke seperti ketam mengajar anak berjalan lurus namanya tu!

Menabung tak semestinya korang kena simpan 100% gaji korang. 10% atau 20% daripada gaji korang pun sudah memadai. Cukup untuk emergency sebab kita tak tahu apa yang bakal berlaku.

4. Elakkan berhutang

Elakkan berhutang tak kiralah dengan bank ataupun dengan orang. Lagi-lagi hutang dengan Ah long. Kalau korang dah mula berhutang, agak sukar untuk korang keluar dari keselesaan yang sementara itu. Hidup dan belanjalah seadanya. Jangan disebabkan keselesaan yang sementara itu korang terduduk satu hari nanti.

5. Guna platform e-wallet

Tips paling penting untuk berjimat ialah sebaiknya korang guna platform e-wallet. Sekarangkan dah banyak apps yang korang boleh download untuk shopping dan yang paling kami recommend ialah Boost!

Bagi yang belum tahu, Boost merupakan aplikasi berkonsepkan e-wallet yang membolehkan korang membuat bayaran tanpa tunai, hanya menggunakan transaksi atas talian.

Boost ni best sebab korang boleh top up prabayar, beli baucar, bayar bil, bayar atau beli segala macam makanan atau barangan keperluan korang guna satu aplikasi je. Lepastu, siap ada cashback dan ganjaran lagi tau!

Boost kini lagi power dengan BoostUp!

Kalau korang nak tahu, admin sebenarnya terlebih excited recommend korang untuk guna Boost sebab Boost sekarang dah ada BoostUpBoostUp ni senang cerita Shake Rewards yang advanced sebab ia menjanjikan ganjaran lebih power untuk korang.

Kalau dulu korang shake shake dapat la cashback sikit-sikit je, tapi sekarang bila korang shake,  korang bukan saja dapat cashback, tapi boleh dapat extra coins, gajet menarik macam iPhone 11 dan jugak Golden Ticket di mana korang boleh enjoy pengalaman manis yang tak boleh dilupakan.

Lebih banyak guna Boost, lebih besar ganjaran!

Kalau admin jadi korang, admin akan cuba bayar guna Boost  je untuk pembelian harian. Sebabnya, lagi banyak guna Boost  lagi tinggi level korang dan dah tentu lagi banyak manfaat korang boleh dapat.

Tengok macam admin ni dah level 4 wei! Ala… admin bukan ada extra shopping sangat pun. Admin beli barang keperluan harian je. Yang penting wajib bayar guna Boost.

Serious talk, sekarang ni admin memang lagi senang dapat coins, lepas tu boleh dapat cashback sehingga 17%. Tips paling penting, korang kena cuba naikkan level korang tu sebab lebih banyak peluang untuk menang hadiah dan kalau nak tebus coins pun lagi murah.

Tak cukup dengan tu, korang juga berpeluang untuk enjoy macam-macam giveaways bernilai lebih RM8 juta daripada lebih 30 merchants seperti Zalora, Shopee, Spotify, Iflix dan banyak lagi!

Rebut peluang dapat cashback 11.11 ni

Jap belum habis lagi! Bagi geng yang suka sangat dengan online shopping ni, kalau korang nak lagi masyuk jangan lepaskan peluang untuk shopping sakan sempena jualan murah 11.11 nanti.

Make sure korang bayar guna Boost  je tau sebab mereka ada bagi cashback RM12 untuk setiap pembelian RM100 di lebih daripada 5,000 kedai atas talian seperti  Taobao, Zalora, Poplook, Lelong dan banyak lagi!

Apa pun, dengan adanya BoostUp perbelanjaan harian korang jadi lebih berbaloi, jimat dan menguntungkan! Cepat download App Boost ni laju-laju dan follow Boost di laman sesawang Boost atau facebook dan Instagram sekarang.

SKIP THIS AD ×