berita

1 Juta Rawatan Ringan PERCUMA Di Klinik Swasta Melalui Skim Perubatan MADANI!

December 22nd, 2023 | by Syamirul
Kini Trending

Sejak Skim Perubatan MADANI diperkenalkan pada 15 Jun yang lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM merekodkan lebih daripada 1 juta pesakit telah menerima rawatan penyakit ringan secara percuma di klinik-klinik swasta yang berdaftar tau.

Ini membuktikan Skim Perubatan MADANI memberi manfaat kepada orang ramai kerana urusan mendapatkan rawatan di klinik berdekatan menjadi lebih mudah sekaligus menjimatkan masa dan kos. Hebat kan!

Kesihatan rakyat, keutamaan Kerajaan!

Skim Perubatan MADANI

Untuk pengetahuan korang, Skim Perubatan MADANI merupakan satu inisiatif pihak Kerajaan dan KKM bagi menampung keperluan kesihatan golongan B40.

Mesti korang tertanya-tanya siapa je yang layak mendapatkan skim ni kan?

Haaa…Skim Perubatan MADANI ditawarkan secara automatik kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi membantu menampung kos rawatan sakit-sakit ringan di klinik swasta yang berdekatan tanpa sebarang caj kepada penerima STR berkeluarga (had peruntukan sehingga RM250), warga emas tanpa pasangan (RM125) dan bujang (RM75). Ini yang kita mahukan!

Sejak 14 Disember 2023, sebanyak 1,005,645 rawatan sakit-sakit ringan telah diberikan kepada 785,623 pesakit melalui 2,506 klinik swasta dengan jumlah perbelanjaan keseluruhan sebanyak RM62.5 juta.

Kini semua boleh dapatkan rawatan secara PERCUMA!

Demi meneruskan dan menjayakan Skim Perubatan MADANI ini, pihak Kerajaan Malaysia betul-betul menunjukkan komitmen yang tinggi dengan memperuntukan dana sebanyak RM100 juta melalui Belanjawaan 2024. Wow!

Skim Perubatan MADANI

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, pihak KKM dan ProtectHealth akan terus komited memantapkan gerak kerja dalam meningkatkan penglibatan klinik-klinik swasta di seluruh negara bagi memperluas lagi akses kumpulan berpendapatan rendah kepada perkhidmatan kesihatan yang lebih berkualiti.

Semak kelayakan korang dan buat carian klinik swasta melalui laman web ProtectHealth atau aplikasi ‘Skim Perubatan MADANI’ dan MySejahtera.

Apa-apapun min nak ingat kan korang yang,

Tak lama lagi bulan puasa,
Bulan berkat penuh pahala,
Sakit itu penghapus dosa,
Bila sihat jangan leka pula.
Untuk maklumat lanjut korang boleh ke laman Facebook KKM.

SKIP THIS AD ×