Kami yakin abam-abam ‘kipas-susah-mati’ bola sepak memang dah tak sabar nak menunggu ketibaan perlawanan bola sepak paling unggul pada bulan Jun nanti kan? Malah, mungkin ramai juga dah mencongak-congak untuk sokong team mana memandangkan team kegemaran telah kalah teruk pada musim lepas. Hehe.
Ok. Sekarang ni kita relaks dulu dan enjoy beberapa aksi gol yang memang kelakar gila. Yang nombor 10 paling kiut!
1. Berbakat jadi pelakon rupanya…
Dalam perlawanan Afghanistan menentang Maldives, gol penalti yang dijaringkan oleh Ashad Ali Adubarey ini mendapat perhatian kerana telah berpura-pura jatuh sebelum menjaringkan gol. Taktik lakonan tersebut berjaya! Yay!
2. Tendangan penjuru yang comel tapi bernas!
Siapa sangka teknik ini akan mendatangkan tuah buat Andrija Zivkovic yang berjaya mendapatkan gol daripada tendangan penjuru yang comel macamni!
3. Score pakai muka pun boleh…
Dalam perlawanan menentang Chelsea, Javier Hernandez berjaya menjaringkan gol dengan menggunakan mukanya! Kelakar tapi memang gol yang awesome!
4. Penjaga gol yang over confident….
Pengajarannya: Jangan terlalu confident bro Khalid Askri!
5. Gawang gol yang kosong!
Dalam perlawanan menentang Turki pada tahun 2012, Aleksei Sapogov yang mewakili pasukan Rusia telah menceroboh gawang gol yang kosong. Kalaulah hari-hari macamni, senang kerja striker!
6. Lagi kes gawang gol kosong!
Sigh, sempat lagi kiss bola tu!
7. Mimpi ngeri gol sendiri!
Mungkin Masato Morishige akan menyesal seumur hidup mengenangkan gol sendiri yang dilakukan ketika pasukannya F.C Tokyo Skipper menentang Nagoya Grampus.
8. Gol sendiri lagi. LOL!
Nampak kekecewaanya di situ!
9. Easy goal bro!
Wow…Semudah ABC bila melihat Johan Cruyff menjaringkan gol kan? Boleh try ni!
10. Kami pun boleh main bola sepak laaa..
Nampak tak? Tiada yang mustahil bagi kaum wanita! Malah, si kecil juga boleh menumpaskan penjaga gol, macam aksi comel di bawah ni!
Jom tonton perlawanan bola sepak paling unggul bersama kami di TGV Cinemas!
Kami dapat bayangkan korang semua mula ‘berkampung’ di kedai mamak dan kopitiam bermula musim perlawanan bola sepak paling unggul nanti kan. Tapi, kami nak offer korang menonton di TGV Cinemas bersama-sama. Mesti lebih seronok dengan sound yang lebih gempak dan skrin lebih besar kan!
Macamana nak mendapatkan peluang keemasan ini? Bermula pada 20 April 2016, korang hanya perlu kejar Era dan HITZ FM di lokasi stesen minyak Petron yang mereka singgah dan jawab beberapa soalan mudah dengan tepat. Oh, jangan lupa juga untuk memakai jersi team kegemaran korang ketika kejar Era dan HITZ FM ya! Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook ini.
Eh, mesti lagi best kalau dapat ke Paris!
Nak berita yang lebih hebat? Bermula pada 2 April sehingga 31 Mei 2016, korang juga berpeluang untuk memenangi 3 hadiah utama iaitu trip ke Paris selama 5 hari 4 malam apabila mengisi sekurang-kurangnya RM40 dalam satu resit di stesen mintak Petron.
Macamana pula caranya? Pertama sekali, korang mestilah mempunyai keahlian Kad Petron Miles untuk melayakkan diri menyertai peraduan ini. Jadi, lepas isi minyak dan swipe kad keahlian, secara automatik nama korang akan dimasukkan ke dalam senarai cabutan bertuah yang akan diadakan pada 9 Jun 2016. Tak payahlah susah-susah nak isi borang semua kan.
Bestkan? Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai Fuel Happy to Paris ini, termasuklah syarat dan terma pertandingan, korang boleh layari… Come on! Tunggu apa lagi, cepat isi minyak di Petron sekarang! Nak lebih info? Sila layari laman sesawang ini.