berita

10 Filem Bencana Alam + Zombi Terbaik Korea Yang Buat Korang Rasa Tengah Berdepan Bencana!

September 10th, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Sebut sahaja pasal filem bergenre thriller pasti ramai yang teruja ingin menontonnya. Pelbagai jenis filem thriller dari pelbagai negara dihasilkan buat tontonan umum. Kebanyakan yang paling menarik perhatian ialah hasil ciptaan pihak produksi dari Korea Selatan.

Bagaimanapun melalui laman Twitter, seorang pengguna berkongsi antara 10 filem ‘disaster’ thriller Korea yang pasti buat anda terpegun!

Senarai 10 filem disaster thriller Korea

1. Train To Busan

Sebut sahaja tajuk filem ini pasti ramai yang tahu. Filem arahan Yeon Sang-Ho yang diterbitkan pada tahun 2016 ini antara filem pecah panggung Asia yang berjaya mendapat kutipan sebanyak 98.5 million USD. Filem yang mengisahkan tentang seorang lelaki beserta anaknya yang menuju ke Busan menaiki train KTX. Ketika dalam perjalanan salah seorang wanita bertukar menjadi zombie dan virus zombie itu merebak dengan pantas di dalam train berkenaan.

2. The Flu

Filem The Flu arahan Kim Sung-Su ini mengisahkan tentang penularan wabak H5N1 yang boleh membunuh mangsanya dalam masa 36 jam. Diterbitkan pada tahun 2013, filem ini menampilkan Soo Ae dan Jang Hyuk sebagai pelakon utama. Baru-baru ini, filem ini telah menjadi ‘trending’ apabila ramai yang mengangkat Flu ini sebagai satu filem yang seharusnya mendapat perhatian selari dengan kejadian penularan wabak pandemik yang berlaku terhadap negara.

3. Tidal Wave

Tidal Wave merupakan filem ‘disaster’ pertama Korea Selatan yang dikeluarkan pada tahun 2009. Filem arahan Yoon Je-Kyoon ini menampilkan Sol Kyung-gu, Ha Ji-won, Park Joong-hoon dan Uhm Jung-hwa di barisan pelakon utama. Mengisahkan tentang tsunami yang melanda Haeundae District of Busan, filem ini berjaya pecah panggung dengan kutipan sebanyak US$ 74.4 million manakala hanya menelan bajet sebanyak US$ 16 million.

4. Alive

https://youtu.be/ev_GF4TvU64

Mengisahkan tentang seorang ‘gamer’ yang perlu menyelamatkan diri dari serangan zombie di kawasan rumahnya. Filem arahan Cho II-hyung, lakonan Yoo Ah-in dan Park Shin-hye ini berdasarkan skrip Alone dan dikeluarkan pada Jun 2020 lepas. Hanya berdurasi 99 minit, filem yang berjaya mengutip sebanyak US$ 13.4 million ini juga boleh ditonton melalui laman web Netflix bermula 8 September.

5. Ashfall

Juga dikenali sebagai Mount Paektu, filem yang dikeluarkan pada Disember 2019 ini mengisahkan tentang gunung berapi aktif yang melintasi sempadan Korea Utara – Cina yang secara tiba-tiba meletus dan mengakibatkan gempa bumi yang teruk melanda Korea Utara dan Selatan. Diarahkan oleh Lee Hae-jun dan Kim Byung-seo ini juga menampilkan Lee Byung-hun, Ha Jung-woo, Ma Dong-seok, Jeon Hye-jin dan Bae Suzy sebagai teraju utama.

6. Tunnel

Filem Korea Selatan 2016 ini antara yang menarik perhatian penonton di mana mengisahkan tentang seorang jurujual kereta terperangkap di dalam sebuah terowong yang runtuh. Dia perlu menyelamatkan diri hanya berpandukan pada nasihat yang diberikan oleh pihak penyelamat. Dikeluarkan pada 10 Ogos 2016, filem arahan Kim Seon-hun dan dibintangi oleh Ha Jung-woo ini juga antara yang berjaya mendapat kutipan lebih daripada US$ 50 million.

7. The Tower

Filem arahan Kim Ji-hoon ini mengisahkan tentang pengorbanan seorang bapa dan pengurus sebuah bangunan pencakar langit mewah menyelamatkan tetamu dan pekerja yang terperangkap di dalam bangunan tersebut setelah berlakunya kebakaran di dalamnya pada malam Krismas. Menampilkan Sol Kyung-gu, Kim Sang-kyung dan Son Ye-jin sebagai teraju utama, filem ini ditayangkan pada tahun 2012 tepat pada hari Krismas iaitu 25 Disember.

8. Deranged

Juga diterbitkan pada tahun 2012, filem Deranged ini juga berkait rapat dengan filem Flu yang mengisahkan tentang penularan wabak pandemik yang berjangkit. Deranged ini juga merupakan filem Korea pertama yang memaparkan kisah perubatan ‘thriller’. Mendapat arahan Park Jung-woo, filem ini menampilkan Kim Myung-min, Kim Dong-wan, Moon Jung-hee dan Lee Ha-nui sebagai pelakon utama dan disiarkan selama 109 minit.

9. Pandora

https://youtu.be/tMsE1pRvYdc

Hanya menelan belanja sebanyak US$ 477,000, filem Pandora ini berjaya menjadi antara filem box office dengan mendapat kutipan sebanyak US$ 32 million. Filem ini diarahkan oleh Park Jung-woo dan dibintangi oleh Kim Nam-gil. Ia mengisahkan tentang reaktor nuklear yang terlalu panas berpunca dari gempa bumi yang tiba-tiba berlaku sehingga terjadinya ‘nuclear meltdown’. Diterbitkan pada tahun 2016, filem ini berdurasi selama 136 minit.

10. The Terror Live

Diterbitkan pada tahun 2013, The Terror Live ini menampilkan Ha Jung-woo sebagai seorang pembaca berita yang berdepan dengan serangan penjahat yang telah meletupkan Jambatan Mapo. Filem arahan Kim Byung-woo ini juga ditulis oleh dirinya sendiri dan hanya berdurasi selama 98 minit. Juga mencapai tahap box-office, filem ini mendapat kutipan sebanyak US$ 35.7 million.

Sumber : Rabbani Sayyid

SKIP THIS AD ×