berita

10 Foto Afdlin Shauki & Zain Saidin Selamat Sampai Ke Gaza

December 5th, 2012 | by Ai
Lensa Insta

Beberapa jam lalu, Afdlin Shauki telah memuat nak beberapa keping foto menerusi laman Facebook miliknya yang menunjukkan rombongan misi ke Gaza telah selamat memasuki negara tersebut beberapa jam lalu.

Menurut status yang dimuat naik oleh Afdlin, rombongannya ketika ini sedang menginap di hotel Utopia, Gaza dan kenderaan mereka telah dibenarkan memasuki pintu Rafah selama 30 minit.

Alhamdulillah kenderaan kami dibenarkan masuk dalam pintu Rafah dlm masa 30 minit. Sekarang kami menunggu di kompleks imegresen rafah. Tapi tak dibenarkan keluar kenderaan. Hmm pelik.

Afdlin turut memaklumkan bahawa Anggota misi tiba di Gaza City, bandar utama di Semenanjung Gaza pada Jam 12.30 malam semalam dan mereka telah diirinigi oleh Engr. Abd Rahim Shihab dari Jabaliya Islamic Society.

Anggota misi tiba di Gaza City, bandar utama di Semenanjung Gaza pada Jam 7:30 mlm Palestin (12:30 mlm M’sia) tadi . Mereka diiringi oleh Engr. Abd Rahim Shihab dari Jabaliya Islamic Society dan Ust Haris Bain dari Pertubuhan IKRAM Mesir(ahli misi A2G10 yang menunggu disana) . Selepas menikmati makan malam di Gaza City, ahli misi akan bergerak ke hotel. Sebelum berehat, mereka dijangka mengadakan mesyuarat bersama NGO tempatan untuk merancang pergerakan esok.

Jom lihat foto-foto Afdlin dan rombongan misi ke Gaza selepas ini :

SKIP THIS AD ×