berita

10 Foto Hi-Res Baby Lisdawati & Fauzi Nawawi. Comelnya Ya Ampun!

June 20th, 2014 | by Ai
Kini Trending

DSC_6811

Untung betul jadi kanak-kanak di zaman serba canggih ni. Baru sahaja lahir, ibu bapa dah abadikan wajah comel anak-anak dengan sesi photoshoot yang gah.

Terkini, Lisdawati dan Fauzi Nawawi pun turut sama mengambil peluang merakam momen indah mereka sekeluarga berserta cahaya mata lelaki yang baru dilahirkan.

Kalau difikirkan secara logik, mengambil gambar bayi baru lahir boleh tahan mencabar tapi nampaknya team Camora Arts berjaya merakam aksi-aksi menarik bayi yang diberi nama Ahmad Nur Fyrdaus itu.

DSC_6828

Sila fokus pada baby sahaja. Lol!

Waktu emel diterima, tak lepas mata memandang kecomelan Fyrdaus. Habis dibelek satu persatu gambar semata-mata kerana tak puas melihat wajah cerah mulusnya.

Sekali pandang memang saling tak tumpah rupa Lisdawati. Kalau masa kecil pun dah comel, bila besar nanti mesti handsome, kan?

Untuk pengetahuan, Fyrdaus baru berusia enam hari sewaktu photoshoot itu dijalankan. Boleh masuk kategori model paling muda la macam ni. Apapun, jom tengok gambar yang lain di bawah. Awesome possum!

Kredit foto : Camora Arts

SKIP THIS AD ×