Menjelang Aidilfitri, tentunya iklan raya antara yang paling dinantikan oleh semua orang. Selain sarat dengan mesej penting bertemakan Hari Raya, iklan raya juga merupakan medium terbaik untuk memupuk nilai-nilai murni dalam masyarakat. Tidak hairanlah jika iklan raya yang mempunyai penceritaan menarik tetap diingati sehingga ke hari ini. Iklan raya yang mana korang paling suka?
Berikut kami kongsikan 10 iklan raya terbaik yang pernah dihasilkan di Malaysia!
Kisah Fizi & Ahmad (2012)
Kami nasihatkan sediakan tisu sebelum menonton, kerana ini adalah antara iklan raya yang paling menyentuh hati! Mengisahkan tentang dua sahabat yatim piatu yang mencuri-curi keluar dari asrama pada malam raya kerana ingin menyambut Aidilfitri. Fizi seorang kanak-kanak lelaki yang kehilangan upaya untuk melihat dan Ahmad pula tidak dapat bercakap.
Becaman (2002)
Tiada yang lebih menyedihkan apabila orang yang tersayang kini tiada lagi di depan mata. Lelaki tua ini meneruskan kehidupan seharian seperti biasa namun jauh di sudut hatinya terselit perasaan rindu yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.
Burung apa? Burung murai (2009)
https://www.youtube.com/watch?v=cnahSnXMByI&t=11s
Iklan raya yang sangat menyentuh hati ini mengundang banyak pembikinan parodi sejurus selepas ianya dikeluarkan. Iklan ini mengisahkan tentang seorang ayah yang merindui arwah isterinya dan membelek diari yang ditinggalkan isterinya pada pagi raya. Dialog ‘burung apa?’ masih diingati sehingga ke hari ini.
Aku kan abang! (2007)
Bak kata pepatah, air dicincang tidak akan putus. Begitulah kisahnya dalam iklan raya tahun 2007 ini, seorang abang yang sering membuli adiknya dari kecil, sampailah besar. Namun, bila sudah dewasa, frasa ‘aku kan abang’ bertukar membawa makna yang cukup menyejukkan hati.
Aku ingin pulang (2006)
Iklan raya dengan mesej yang cukup ringkas, namun bermakna ini sudah tentu masih melekat dalam ingatan rakyat Malaysia. Anak itu cerminan orang tua, bagaimana cara ibu bapa membesarkan mereka akan menentukan tingkah laku mereka kelak.
DeepaRaya! Ikan di laut, asam di darat (2005)
https://www.youtube.com/watch?v=qUeyLzAFopE
Iklan yang diterbitkan TV3 pada tahun 2005 ini berunsurkan permuafakatan dan sangat istimewa kerana pada tahun tersebut kaum Melayu dan India menyambut Hari Raya dan Deepavali pada bulan yang sama iaitu bulan November 2005, selang satu hari sahaja. Pada masa tersebut, terngiang-ngiang di kepala, ‘ikan di laut, asam di darat’.
Janda anak tujuh (2003)
‘Sesungguhnya syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu.’ Iklan Raya yang telah diterbitkan hampir 2 dekad ini mengisahkan tentang seorang ibu tunggal dan 7 orang anaknya yang sedang membuat persiapan untuk Hari Raya. Namun si anak terlupa untuk membeli bahan utama daging! Keletah anak-anak mencari daging cuit emosi ramai penonton.
Ombak jahat (2001)
Iklan raya arahan Allahyarhamah Yasmin Ahmad ini berkisahkan dua beradik yang menunggu kepulangan ayahnya yang bekerja sebagai nelayan di tepi laut ketika ribut. Iklan ini membuatkan penonton cukup sayu melihat adik lelaki yang berdoa agar semua kanak-kanak di seluruh dunia merasai nikmat kasih sayang seorang bapa.
Balik Raya dalam ribut? (2001)
Iklan yang sangat mencuit hati! Menjengah ke ruangan komen iklan tersebut, ramai yang terimbau zaman Raya dulu-dulu, melihat iklan tersebut di kaca televisyen, dan tertawa dek ‘plot twist’ iklan tersebut.
Ingat lagi masa iklan ni mula-mula tayang lagi beberapa hari nak Raya. Masa tu depan TV ramai-ramai satu family, riuh rendah gelak satu rumah bila tengok!
Memaafkan (1999)
Orang kata, kalau ada Wan Maimunah, iklan raya itu pasti meleleh! Iklan raya sedih ini menceritakan tentang seorang anak perempuan yang bergegas pulang ke kampung untuk melihat keadaan ibunya. Menerusi monolog iklan tersebut, kali terakhir dia bertemu dengan ibunya, dia telah mengguriskan hati ibu dengan kata-katanya.