berita

10 Individu Dikompaun Makan Semeja, Pengurus Restoran Ditahan Tiada Permit Kerja Yang Sah

February 12th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Shah Alam, Selangor, 10 individu telah dikenakan kompaun selepas didapati tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 di sebuah restoran di Seksyen 13, semalam.

Menerusi laporan Harian Metro, kesemua individu tersebut berusia di antara 18 hingga 22 tahun. Kesemua mereka dipercayai makan di satu meja yang sama, sedangkan SOP yang dibenarkan hanya dua orang sahaja.

Pengurus kena tahan

Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, pihaknya telah melakukan pemeriksaan terhadap restoran berkenaan pada pukul 9.25 malam selepas mendapat maklumat berkaitan pelanggan restoran yang melanggar SOP.

Hasil pemantauan kita mendapati pelanggan berada di satu meja dengan bilangan 10 orang. Pelanggan berkenaan berkumpul dengan tidak mematuhi SOP PKP 2.0.

Oleh itu, kompaun telah dikeluarkan ke atas 10 individu terbabit. Tambah beliau, pengurus restoran tersebut yang merupakan seorang lelaki warganegara Bangladesh, turut ditahan kerana tiada permit kerja yang sah. Manakala, pemilik restoran berkenaan yang berada di Port Dickson, Negeri Sembilan telah diminta untuk hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam bagi membantu siasatan. Menurut Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pula, premis berkenaan menjalankan perniagaan tanpa lesen yang sah.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×