berita

10 Kes Covid-19 Varian Afrika Selatan Dikesan Di Kelantan

May 3rd, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Baru-baru ini, COVID-19 varian Afrika Selatan B.1.351 telah dikesan untuk pertama kalinya di Kelantan iaitu berpunca daripada Kluster Bunut Sarang Burung. Negeri itu merekodkan 10 kes baru varian tersebut semalam.

Varian baru dikesan di Kelantan

Sekadar gambar hiasan

Menerusi posting di Facebook yang telah dimuat naik oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, jumlah keseluruhan kes tempatan COVID-19 varian South African B.1.351 ialah sebanyak 48 kes setakat ini termasuk di negeri Selangor dan juga Perak.

Buat pertama kalinya sehingga hari ini, varian South African B.1.351 mula dikesan di Kelantan dari Kluster Bunut Sarang Burung.

Pada sebelum ini, Kementerian Kesihatan telah mengesahkan mengenai kewujudan varian berkenaan di Malaysia melalui empat kes penularan tempatan yang positif COVID-19.

Dikesan sejak Mac lalu

Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, pertama kali varian tersebut dilaporkan di dunia adalah di United Kingdom dan Afrika Selatan pada Disember lalu.

Walau bagaimanapun, varian terbabit mula dikesan di Malaysia sejak Mac lalu dan mempunyai kaitan dengan lokasi geografi yang berhubung rapat dengan Kluster Jalan Lima.

Sumber : Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan 

SKIP THIS AD ×