berita

10 Menu Wajib Ada Setiap Kali Hari Raya! Sedapnya!

May 30th, 2019 | by Azizi Rahman
MyResipi

Bulan Ramadan bakal berakhir dan kehadiran Syawal disambut penuh meriah. Ramai yang dah tak sabar untuk berkumpul satu keluarga di kampung, menziarahi sanak saudara dan bermaaf-maafan antara satu sama lain. Paling seronok bila tiba hari raya ni mestilah juadah yang ada di pagi raya.

Setiap kali raya mesti ada menu yang wajib ada atas meja makan. Kira kalau tak ada makanan tu kira tak sah lah raya korang. Ini antara menu wajib yang perlu ada pada pagi raya korang.

Ketupat

Ada beberapa jenis ketupat yang boleh didapati sewaktu musim perayaan ini seperti ketupat palas dan ketupat nasi. Ketupat palas biasanya menggunakan daun palas untuk membalutnya dan diisi dengan beras pulut manakala ketupat biasa menggunakan beras biasa dan daun kelapa. Dari segi luaran ketupat palas lazimnya berbentuk segi tiga dan ketupaat biasa berbentuk segi empat.

Lemang

Lemang merupakan salah satu simbolik hari raya. Walaupun cara pembuatan lemang agak merumitkan tetapi menu ini menjadi kegilaan ramai. Buluh yang diisi dengan beras pulut dan santan yang dilapikkan dengan daun pisang perlu dibakar sehingga masak untuk menghasilkan lemang. Korang jangan risau kalau tak tahu nak buat lemang, zaman sekarang ramai peniaga lemang. Korang boleh beli je.

Rendang

Dah ada ketupat dan lemang mesti kena ada lauknya. Hidangan utama untuk hari raya semestinya rendang. Tak kira lah rendang ayam ke daging ke, rendang merupakan satu juadah hari raya yang memberikan korang susana hari raya. Rasa rempah rendang ni memang sungguh menyelerakan. Campuran bahan seperti santan, lada, bawang, daun kunyit, daun limau purut dan kerisik pasti membuat korang tersandar kekenyangan lepas makan.

Kuah lodeh

Kalau tadi ada rendang ayam dan daging, ni sayur pulak iaitu kuah lodeh. Kuah yang kekuning-kuningan ini sangat sedap dimakan bersama ketupat dan rendang. Kombinasi sayur kobis, kacang panjang, timun, lobak merah, tempe dan tahu beserta kuah lemak pasti mengiurkan korang.

Sambal goreng

Selain kuah lodeh, sayur yang menjadi menu wajib semasa hari raya ialah sambal goreng. Sambal goreng masakan orang ni sedap dimakan bersama nasi impit. Rata-rata orang Johor tahu resepi ini yang mengandungi udang, tempe, tahu, lobak merah dan lain-lain lagi.

Kuah kacang

Dah ada sambal goreng kenalah ada kuah kacang. Kalau hari biasa kuah kacang dihidangkan makan bersama sate, tetapi bila hari raya ni korang boleh makan dengan nasi impit dan sambal goreng. Kombinasi ni mesti buat korang tak cukup sepinggan nasi impit punya la. Rasa kacangnya sendiri boleh buat korang makan apa saja dengan kuah ni.

Sambal tumis udang

Siapa kata masa hari raya tak ada makanan laut? Korang kena ada sambal tumis udang di pagi raya korang nanti. Baru la hari raya korang lengkap. Sambal tumis udang ini bukan sahaja boleh di makan dengan nasi putih saja, dengan nasi impit -pun boleh. Rasa manis-manis udang tu buatkan korang ketagih untuk terus makan tanpa henti.

Ayam masak merah

Selain dari rendang ayam, korang perlu ada ayam masak merah di pagi raya korang. Ayam masak merah ni mudah untuk dimasak berbanding rendang, disebabkan itu juga dia menjadi pilihan utama di pagi raya.

Nasi minyak

Siapa kata nasi minyak hanya dapat waktu majlis perkahwinan sahaja? Nasi minyak juga merupakan salah satu menu wajib hari raya. Bagi sesiapa yang tidak mahu makan lemang dan ketupat, boleh cuba makan rendang atau lauk-lauk lain seperti ayam masak merah bersama-sama dengan nasi minyak. Walaupun menu nasi minyak nampak biasa tetapi kelazatan nasinya tiada tandingan.

Nasi dagang

Selain nasi minyak, nasi dagang juga merupakan menu yang perlu ada di pagi raya korang. Baru la rasa sauasana desa bila makan nasi dagang ni. Nasi dagang ni satu hidangan yang lengkap. Cukup makan satu pinggan, korang boleh rasa kelazatan dari sudut yang berbeza.

Lepas ni, korang boleh la siap sediakan makanan-makanan ini menjelang pagi raya nanti. Baru mood raya korang tu turn on. Juadah-juadah ni memang dah disajikan sejak dahulu lagi. Kiranya menu nenek moyang kita waktu hari raya dulu. Selamat Hari Raya!