![]()
Wah. Nampaknya meriah sungguh laman sosial dengan status-status berkenaan result Sijil Pelajaran Malaysia 2014 (SPM 2014) oleh adik-adik kita ni (terasa tua pulak!).
Tapi, percaya atau tidak, disebalik keghairahan mereka menunggu keputusan SPM masing-masing, ada beberapa perkara yang pelik tapi benar yang berlaku hari ini!
Nak tahu apa dia? Meh, check!
1. Kadar Stress Meningkat
![]()
![]()
Bertabahlah adik-adik. Kami rasa ibu bapa zaman sekarang ni takdelah kejam sangat. Paling kurang pun hanya akan mengalunkan bebelan selama 2 jam je! Hiks.
2. Azwan Ali Nak Spedo SPM Leavers!
![]()
Wah. Ini namanya banyak punya untung. Kalau berminat, silalah twit Azwan Ali!
3. UiTM Di Hatiku
![]()
Macam double meaning pun ada. Tapi, takpelah sebab rasanya ramai je insan-insan berjaya yang merupakan produk Universiti Teknologi Mara (UiTM) kan.
4. Pesanan Paling #deep 
Ehem.. Akhirat pun jangan dilupa ya!
5. KFC Pun Ada Jawatan Kosong!
![]()
Bagi yang tak berapa cemerlang, boleh cuba apply kerja dekat fast food restaurant. Kerja rajin-rajin sampai jadi manager! Kau hado?
6. Result Kau Berapa?

Kami pun dulu paling bengang bila orang tanya result berapa. Ek eleh… Tahulah result kau bagus kan. Ish!
Warning! : Situasi ini akan berlanjutan sehingga di peringkat universiti bila keputusan setiap semester keluar.
7. Via SMS Pun Boleh…
Zaman sekarang dah maju. Rasa malas nak jejakkan kaki ke sekolah, adik-adik boleh SMS je. Hiks.
8. Ini Baru Betul Till Jannah
![]()
9. Jom Cari Biasiswa!
![]()
Buat adik-adik yang nak sambung belajar lagi, cepat-cepat buat urusan untuk cari biasiswa semua. Barulah dapat belajar dengan hati yang tenang nanti.
10. Chill! Gagal SPM Bukan Bermakna Gagal Dalam Kehidupan
![]()
Yeah! Jangan kecewa sangat. Pasti akan ada peluang yang terbuka untuk adik-adik. Janji kena usaha lebih!








