berita

10 Perkara Tentang Berus Mekap Yang BFF Korang Tak Akan Bagi Tahu

December 19th, 2018 | by Farah Adibah
Kini Trendy

Keliru, Rahsia tentang berus mekap

Bila cakap pasal mekap je korang pernah tak rasa macam diri korang confuse atau dalam dilema? Si A cakap kena beli berus banyak sebab kegunaan yang berbeza. Tapi si B cakap pakai yang basic je. Bukan korang je ada masalah macam tu tau.

Kekadang sis Katy pun rasa dalam dilema dan tertanya perlu ke sis beli sampai 20 batang berus make-up yang berlainan ni. Meh Katy share 10 perkara tentang berus mekap yang korang takkan tahu atau dengar dari orang lain.

1. Beli berus mekap yang penting je

berus untuk beginner, set berus, set berus mekap murah

Kredit : Nyonyawhitfieldloves

Katy tahu korang mesti rasa penting untuk kita ada berus mekap banyak macam mekap artis. Tapi… sebenarnya untuk kegunaan kita tak perlu banyak pun.

Makeup artist ada banyak berus sebab dia kena prepare, bila booking banyak tak sempat tunggu berus tu kering kalau ada satu set je kan? Daaan pelanggan pulak suka berus yang bersih.

2. Tolong rajin basuh berus

basuh berus, berus, eyeshadow, cara basuh berus

Kredit : Glossybox

Dalam entri sebelum ni Katy ada bagitau dekat korang kepentingan cuci berus mekap.

Artikel berkaitan : “Gelinya Sampai Dah Berkulat” – 4 Sebab Kenapa Korang Kena Basuh Berus Makeup

Katy tahu semua orang sibuk tapi bila ada waktu, luangkan dengan basuh berus mekap korang tu. Basuh lah sekurangnya dua kali sebulan. Dengan berus mekap yang bersih, kulit muka korang akan jadi cantik, mekap akan nampak flawless dan jangka hayat berus akan jadi lagi lama tau!

3. Tak perlu habis beratus ringgit untuk sabun berus

jimat duit, simpan duit, jangan membazir, membazir

Kebanyakkan dari korang mesti tertarik dengan sabun berus yang mahal dekat beauty store tu kan? Sebenarnya korang boleh je cuci berus mekap tu guna shampoo rambut atau sabun antibakteria yang biasa tau. Fungsi dia sama je dengan sabun berus mahal yang ada di pasaran tu.

4. Lalukan air je bukan rendam berus

lalukan berus di bawah air, basuh berus, berus foundation

Ni untuk mengelakkan dari air masuk ke tempat pemegang berus. Bila air tu masuk dekat dalam pemegang berus secara automatiknya akan menyebabkan air tu serap dekat gam. Sis Katy nak bagi tau sikit, kalau dah korang basuh dengan air suam, lama lama bila air tu kena gam, jadi longgarlah berus korang tu.

Daaan bila dah longgar mesti korang buang berus tu. Jadi jangan lah rendam berus tu kalau taknak habiskan duit kena tukar berus selalu.

5. Elak guna hairdryer untuk keringkan

air dry berus. keringkan berus

Bila selesai je basuh berus tu, korang kena lap guna tuala kering sampai berus tu kering sikit. Lepas dah lap guna tuala korang kena biar kan dia kering secara air-dry.

Bukan apa, berus ni ibarat macam rambut kita. Kalau selalu hairdryer mesti jadi kering dan bercabang kan? Macam tu jugaklah dengan berus ni, korang mesti nak dia lembut je kan? Jadiiii jangan keringkan guna hairdryer yee!

6. Kenali bulu berus yang berbeza

tidak memahami, keliru

Sebenarnya ada dua jenis berus tau korang. Satu jenis natural yang diperbuat dari bulu haiwan. Lagi satu adalah bulu sintetik iaitu bulu yang diperbuat daripada nylon ataupun bulu sintetik fiber.

Bulu natural ni biasanya lebih lembut daripada bulu sintetik. Kalau nak bezakan antara dua ni korang kena perhatikan bulu sintetik biasanya dia tersusun dan terletak dengan cantik. Sebenarnya dua berus ni ada kelebihannya sendiri yang sis Katy akan cerita selepas ni.

7. Bulu berus natural sesuai untuk powder

berus natural, jenis berus, berus lembut, berus blusher

Bulu berus natural ni sesuai dengan produk yang berasaskan powder. Contohnya blusher atau compact powder. Berus bulu natural ni kan lembut, jadi dia akan pick-up produk dengan bagus dan sapuan dia lebih lembut dan senang untuk dikawal. Dan bulu jenis natural ni sangat sesuai untuk korang yang nak nampak makeup lebih natural.

8. Bulu berus sintetik sesuai untuk liquid

set berus, berus sintetik, berus eyeshadow

Kredit : Sedona lace

Berus sintetik sesuai untuk dapatkan hasil yang lebih sharp dan full coverage. Biasanya berus foundation adalah jenis sintetik sebab berus foundation berus yang padat.

Kenapa kena berus yang padat? Sebabnya nak pastikan yang produk tu di tempek dengan cantik dan full coverage, kalau bulu natural produk liquid akan lebih melekat pada berus berbanding muka.

9. Saiz berus memainkan peranan dalam aplikasi

gembira, terkejut, bahagia

Kalau korang nak tau saiz berus ni memainkan peranan bila korang nak tempek mekap tau. Kalau berus tu panjang aplikasi mekap akan jadi low to medium coverage nampak lebih natural gituu.

Tapi untuk girls yang suka full coverage kena cari berus yang bulunya pendek. Kenapa bulu yang pendek memberikan full coverage? Mengikut logik, bila pendek bulu berus tu akan jadi lebih padat. Jadiii produk akan tetap berada di permukaan berus ya girlsss!

10. Belajar untuk ucapkan selamat tinggal pada berus

selamat tinggal

Kita sebagai perempuan ni ada satu perangai yang susah untuk nak lepaskan sesuatu. Contohnya seperti kenangan, eh? Sis Katy gurau jeee. Erti kata lain susah nak lepaskan sesuatu tu seperti menyimpan.

Contoh lah macam beli mekap, kotak tak nak buang sebab sayang. Macam tu juga lah berus, bila dah tiba masanya korang nampak bulu atau pemegang dia dah tercabut tu tolonglah gagahkan diri untuk ganti yang baru. Jangan simpan sampai jadi pekasam ya girls!

Jadi girls, jangan berikan alasan untuk tak basuh berus ya. Salah satu alasan tu mesti sebab sabun mahal kan? Sis Katy tahu tu! Ada cara lebih mudah dan murah yang korang boleh check it out dekat video ni okay!

Akhir sekali jangan lupa follow Facebook Kini Trendy dan Instagram @kinitrendy untuk tahu hacks, tutorial dan fashion terkini. Media sosial khas untuk semua wanita di luar sana.

SKIP THIS AD ×