berita

10 Port Teh Tarik Ori Terbaik Pilihan Rakyat Malaysia, Ini Baru Syok. Jom Pakat Serbu!

May 2nd, 2019 | by Asyraf Khalib
Sponsored Post

Teh Tarik satu!

Malaysia bukan je terkenal dengan makanan yang awesome, minuman pun power-power belaka! Dan salah satu minuman kegemaran yang kekal relevan daripada dulu hingga sekarang ialah teh tarik. Tak kiralah time sarapan, makan tengah hari, minum petang atau makan malam sekalipun, teh tarik tetap sesuai dijadikan minuman pilihan. Memang ngam lah!

Order ‘Teh Tarik Ori’ baru syok!

Hari berganti hari, Teh Tarik pun muncul dengan macam-macam variasi. Lebih banyak style sampai kita pun tak tahu nak pilih. Tapi kali ni admin nak share dengan korang pasal Teh Tarik Ori yang tengah onz dan viral sekarang ni! Ori macam mana tu? 

Ori sebab ia memang lain daripada yang lain weh…

Teh Tarik Ori memang betul-betul lain daripada yang lain. Sekali teguk je rasa cukup mengancam, dua kali teguk akan buat korang rasa nak order satu gelas lagi. Teh Tarik Ori ni admin suka sangat sebab ia dihasilkan dengan cara tersendiri membuatkan tekstur minuman teh susu ni lebih lemak berkrim dan sangat smooth. Tak sama weh dengan teh tarik biasa. Pendek kata memang puas hati dan korang wajib cuba sendiri!

Haaa… tapi admin pasti, kalau korang nak cari kedai yang serve teh tarik tak susah pun. Boleh kata semua kedai pun ada. Tapi nak cari Teh Tarik Ori dengan rasa kaww, lemak berkrim dan terbaik tu memang payah. So, ini list 10 lokasi paling cun kalau korang nak try Teh Tarik Ori tu. 

1. Restoran Ali Maju, Setapak KL

Orang KL tahu tak kedai ni? Kalau belum tahu, sekarang admin nak kasi tau satu rahsia penting. Ia penting untuk korang yang tercari-cari mana nak dapat Teh Tarik ORI yang admin maksudkan tu.

Teh tarik kat sini memang betul-betul padu! Rasanya tak terlalu manis dan teh yang pekat antara sebab ianya begitu digemari. Lebih syok kalau diminum panas-panas dan digandingkan bersama mi goreng mamak. Korang tengok la sendiri buih-buih lembut teh tarik ni. Memang mengancam!

Alamat:
No. 1, Jalan Rampai Niaga 3,
Rampai Business Park, Wilayah Persekutuan,
53300 Setapak, Kuala Lumpur

Waktu Operasi:
Dibuka 24 jam

2. Restoran Sri Grand City, Petaling Jaya

Nama restoran pun dah grand! Teh Tarik kat sini confirm luar biasa. Mostly, netizen bagi rating 5 bintang untuk menu teh tarik kat sini. Harga pun cukup berbaloi. So, apa kata korang try segelas tengok macam mana rasa. Boleh pergi tak dia punya rasa tu. Admin kalau datang sini wajib order Teh Tarik ORI dengan roti Tosai. Kombinasi yang lengkap dan sempurna!

 

Alamat:
No. 49 11/4, Jalan Dato Mahmud
Petaling Jaya, 46200 Selangor

Waktu Operasi:
7.00am – 11.00pm

3. Yasmeen Nasi Kandar

Now, kita beralih ke utara! Restoran Nasi Kandar Yasmeen milik Yasmeen Group Utara Sdn Bhd ni pulak antara restoran nasi kandar yang terkenal di Kedah. Variasi lauk-pauk yang pelbagai membuatkan restoran ini sentiasa dipenuhi dengan pelanggan. Beratur weh! Tapi paling penting restoran Yasmeen juga dikatakan antara Restoran yang menyajikan minuman Teh Tarik ORI terbaik.

Bukan setakat teh tarik yang ngam dengan tekak pelanggan, harga yang ditawarkan dekat sini pun memang murah. Paling layan bila korang minum teh tarik dan order sekali Roti Naan Cheese terlaris kat sini!

Alamat:
9 Pekan Changloon 2,
Kampung Baru Changloon,
06100 changlun, Kedah

Waktu Operasi:
9.00am – 10.00pm

4. Nasi Kandar Nasmir, Taman Pelangi

Bukan je terkenal dengan hidangan nasi kandar bersama lauk pauk dan kuah campur yang banjir, Restoran Nasi Kandar Nasmir di Taman Pelangi juga berjaya memikat hati pelanggan dengan menu teh tariknya. Bagi korang yang berada di Penang atau dalam perancangan untuk ke sana, admin sarankan restoran ni kena masuk dalam list lokasi food hunting nanti.

Alamat:
1639, Tingkat Bawah,
Jalan Perusahaan Bukit Tengah,
Taman Pelangi, 13600, Bukit Mertajam
Pulau Pinang

Waktu Operasi:
Dibuka 24 jam

5. Nasi Kandar Nasmir, Vantage Point

Eh! Nasi Kandar Nasmir masuk list sekali lagi? Tapi cawangan yang satu ni dekat Vantage Point tau. Restoran nasi kandar ni pun antara yang tersenarai berjaya serve teh tarik yang power

Admin tak tahu dia punya power macam mana sebab tak pernah sampai lagi. Tapi kalau tengok gambar teh tarik dia ni pun dah telan air liur. Ini bermakna teh tarik depa memang betul power weh!

Alamat:
29 G, Jalan Lenggong,
Vantage Point, 11600, Jelutong
Pulau Pinang

Waktu Operasi:
Dibuka 24 jam

6. Restoran Makbul, Bayan Lepas

Masih lagi di Pulau Pinang, kali ni admin nak suggest dekat korang teh tarik terbaik area Bayan Lepas pulak. Restoran Makbul dengar kata tak pernah mengecewakan pelanggan dengan menunya. Macam biasa, Teh Tarik ORI tetap jadi pilihan utama.

Paling hebat ada customer yang order dua gelas siap-siap sebab nak lepak lama. Katanya teh tarik kat sini ada resipi rahsia tersendiri. Macam menarik je!

Alamat:
Lot, 29-01-08 & 29-01-09,
Golden Triangle Commercial Centre,
Jalan Paya Terubong, 11060, Bayan Lepas,
Pulau Pinang

Waktu Operasi:
Dibuka 24 jam

7. Restoran Ariffin Maju, Johor

Rata-rata pelanggan recommend teh tarik kat sini sebab ianya antara yang terbaik di Johor Bahru. Dasyat betul penangan teh tarik ya. Hanya sebab nak segelas teh tarik ori, sanggup  jelajah sampai ke Johor. 

Restoran Ariffin Maju ni dikatakan memang selalu jadi port lepak sampai ke tengah malam. Kata mereka, layan teh tarik kat sini memang bikin mata celik.

Alamat:
No. 21, Jalan Tampoi Susur 1,
81200, Johor Bahru

Waktu Operasi:
Dibuka 24 jam

8. Restoran Habib, Pasir Pelangi

Nama tempat Pasir Pelangi, teh tariknya pula memikat hati. Memang boleh hati jadi warna-wani macam pelangi wei! Bukan apa, asal dapat teh tarik dengan rasa yang betul-betul asli, seronok je hati. 

Bukan senang tau nak cari tempat makan yang ngam dengan kehendak selera kita. Bila dah jumpa satu, memang setia. Acewah! So, orang Johor elok munculkan diri dekat sini juga sebab ini pun port teh tarik terbaik pilihan rakyat Malaysia!

Alamat:
No. 8, Jalan Pasir Pelangi,
Taman Iskandar, 80050,
Johor Bahru

Waktu Operasi:
Dibuka 24 jam

9. HKB Curry House, Taman Rinting

Teh tarik di HKB Curry House ni pula lain sikit. Warna air teh yang pekat dan terang dengan kombinasi krimer pekat manis istimewa bikin admin rasa nak singgah je. Nasib baik jauh. Tapi tu la, penggemar teh tarik claim teh tarik kat sini memang betul-betul buat mereka tertarik. Minum segelas tak cukup katanya.

Alamat:
No. 12, Jalan Sena 13,
Taman Rinting Masai,
81750, Johor Bahru

10. Perniagaan Razali Bin Zakaria, Kota Bharu

Bukan biasa-biasa tau, sampai ke Kelantan admin dapat suggestion daripada netizen. Teh Tarik Ori punya kuasa viral, satu Malaysia kita terjah. Bab makanan dan minuman memang menyatukan kita. Kalau korang nak tahu, perniagaan milik Encik Razali ini juga kerap diserbu pelanggan hanya kerana keistimewaan secawan Teh Tarik ORI tu.

Alamat: 
No. 2, Lot 779,
Kg Bawah Lembah, Bunut Payong,
15150 Kota Bharu, Kelantan.

Tapi… apa sebenarnya rahsia dalam Teh Tarik Ori?

Admin difahamkan Teh Tarik Ori ni actually adalah kombinasi tiga lapisan istimewa teh dengan susu. Dan untuk dapatkan 3 layers tu, admin yakin ramuan paling penting untuk menjamin rasa original mestilah krimer pekat manis yang digunakan untuk membancuhnya. Cuba korang buat teh tarik guna krimer yang tak berapa best. Mesti rasanya tak syok.

Berdasarkan survey, Teh Tarik Ori katanya lagi power kalau guna Krimer Pekat F&N dan Krimer Sejat F&N. Admin yakin rakyat Malaysia memang tak boleh nafikan lagi kelazatan rasa Krimer Pekat Manis F&N. Buat air apa pun bila guna Krimer F&N memang terus jadi special. Tambah-tambah buat teh tarik. Memang sedap weh!

Rasanya cukup, kepekatannya luar biasa dan paling admin suka rasa lemak berkrim tu buat teh tarik korang memang betul-betul ori. Memang terangkatlah. Pendek kata, even kalau you guys try buat sendiri kat rumah guna krimer F&N, rasa teh tarik korang tentu setanding semua 10 kedai Teh Tarik Ori terbaik yang admin list dekat atas tadi.

Tapi kalau korang spesis malas nak buat Teh Tarik sendiri macam admin, jom order je kat mamak. Tak tahu nak cari dekat mana?

Jom cari Teh Tarik Ori guna waze!

Haaa… ni paling syok, kalau korang tak tahu nak cari Teh Tarik Ori dekat mana. F&N Malaysia dengan kerjasama Waze dah mudahkan lagi kerja korang untuk cari kedai atau restoran yang tengah Onz dengan Teh Tarik Ori ni. So, korang buka je aplikasi Waze dan actually ada lebih kurang 100 lokasi telah di’pin’ yang akan tunjuk dekat korang restoran atau warung yang serve Teh Tarik Ori seluruh Malaysia!

Kalau korang nak dapatkan lebih banyak informasi tentang Teh Tarik ORI, boleh layari laman facebook rasmi F&N Dairies Malaysia sekarang.  Paling penting, ingat Teh Tarik Ori, ingat F&N!

https://www.facebook.com/FnNDairies/videos/646032905844649/

SKIP THIS AD ×