berita

10 Tahun Menanti Zuriat, Suami Reda Isteri ‘Pergi’ Selepas 3 Bulan Bersalin

August 16th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

10 tahun tunggu zuriat

Setiap manusia di muka bumi ini, tidak akan dapat lari daripada berhadapan dengan ujian Allah SWT. Ada yang diuji dengan ujian kesakitan, kesempitan hidup, kehilangan insan tersayang dan sebagainya.

Itulah yang dilalui seorang lelaki dari Indonesia ini apabia kehilangan isteri tersayang tiga bulan selepas melahirkan cahaya mata pertama mereka.

10 tahun menanti zuriat

10 tahun tunggu zuriat

Menerusi perkongsian di TikTok, seorang lelaki bergelar suami meluahkan rasa sedih dengan pemergian isteri tercinta. Difahamkan, pasangan ini baru sahaja dikurniakan zuriat selepas lebih daripada 10 tahun mendirikan rumah tangga.

Walaupun 10 tahun ujian belum memiliki zuriat tapi kami jalani dengan bahagia. Alhamdulillah setelah 10 tahun, akhirnya doa kami termakbul. Alhamdulllah puteri kecil kami telah lahir, yang telah lama kami harapkan.

Tak dinafikan, pasangan ini sangat bahagia dengan kehadiran cahaya mata pertama mereka. Namum siapa sangka, di sebalik kebahagiaan rupa-rupanya terselit satu ujian yang sangat besar bagi keluarga kecil ini. Si isteri telah pergi menghadap Ilahi tiga bulan selepas melahirkan zuriat mereka.

Ada kebahagiaan, ada ujian sakit. Tepat tiga bulan selepas melahirkan, Allah SWT lebih menyayangi isteriku.

Aku baru sedar kenapa kami diberikan ujian lama untuk memiliki keturunan.

Meskipun pahit untuk ditelan, lelaki ini reda dengan ketentuan dan takdir yang telah ditetapkan oleh Allah SWT buat dirinya. Dia harus kuat dan sabar untuk menjalani kehidupan demi anaknya yang masih kecil.

Bersyukur, sabar dan menjalani apa yang Allah SWT atur. Allah SWT akan memberikan yang terbaik buat kita.

Kisah yang dikongsikan telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib lelaki ini. Mereka menitipkan doa dan kata-kata semangat buat lelaki ini tabah menjalani kehidupan mendatang.

Sumber: Miss Denok

SKIP THIS AD ×