berita

10 Tahun Tinggal Sendirian, Mayat Lelaki Hampir Reput & ‘Kembung’ Ditemui Dalam Rumah

April 2nd, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Mayat seorang lelaki yang hampir reput ditemui dalam keadaaan terbaring di luar bilik di dalam rumahnya. Mangsa dipercayai telah meninggal dunia dalam tempoh empat hingga lima hari lalu.

Mayat dah reput, mengembung

Foto: Kosmo

Memetik laporan daripada Kosmo, insiden itu hanya disedari oleh salah seorang jiran mangsa sebelum bertindak menghubungi pihak berkuasa MERS. Menurut sumber, mereka kemudian cuba memecahkan pintu pagar besi rumah berkenaan yang terletak di tingkat 9, Taman Desa Rahmah, Persiaran Paya Terubong Pulau Pinang.

Sebaik sahaja memasuki rumah, mereka mendapati mayat mangsa yang hanya berseluar pendek berada di luar bilik mandi. Lebih menyayat hati apabila melihat keadaan mayat tersebut hampir reput dan mengembung. Difahamkan mangsa yang berusia dalam lingkungan 50-an itu tinggal bersendirian di rumah berkenaan sejak 10 tahun lalu.

Namun sejak seminggu lalu, jiran memaklumkan tidak melihat kelibat mangsa selain langsung tidak terhidu bau busuk dari kediaman tersebut. Menurut Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong, Yusri Zakaria, mayat mangsa diserahkan kepada pasukan polis untuk siasatan lanjut.

Sumber: Kosmo

SKIP THIS AD ×