berita

10 Teknik Asas Mempertahankan Diri Yang Korang Wajib Tahu

March 1st, 2019 | by Amirul Asraf
Kesihatan & Hidup Aktif

Keselamatan diri amatlah penting bagi setiap individu ekoran peningkatan kes-kes jenayah seperti samun, rompak, rogol dan membunuh yang menjadi kebimbangan masyarakat pada hari ini.

Menerusi portal Brightside, terdapat perkongsian mengenai 10 teknik asas yang wajib diketahui oleh setiap individu ketika melalui situasi getir apabila berhadapan dengan penjenayah.

1. Melepaskan diri daripada ikatan tali

Jika tangan anda diikat menggunakan tali, teknik untuk membuka ikatan tersebut adalah memastikan ruang udara dikekalkan melalui genggaman tangan. Manakala, jika tali berkenaan diikat pada badan, teruskan bernafas secara dalam untuk membolehkan bahagian badan anda mengembang. Lebih banyak ruang yang ada, lebih mudah untuk anda melepaskan diri.

2. Melepaskan diri daripada diikat menggunakan pita pelekat

Keadaan sebegini anda tidak perlu risau dan panik. Anda boleh mengoyakkan pita pelekat ini dengan mudah. Untuk melakukannya, anda harus menggenggam tangan dengan erat. Kemudian, angkat tangan sehingga ke paras atas kepala dan hempas tangan ke bawah dengan laju dan kuat.

3. Perhatikan kawasan tubuh badan penjenayah yang lemah

Sudah tentu penjenayah mempunyai kekuatan fizikal yang lebih tinggi berbanding anda. Namun, meskipun anda bertubuh kecil dan kelihatan lemah, jangan jadikannya satu alasan untuk tidak melepaskan diri. Anda perlu memerhatikan dan menyasarkan anggota badan penjenayah yang lemah. Sebaik sahaja mempunyai peluang, lakukan serangan di kawasan tersebut dan segera larikan diri.

4. Menggunakan barangan yang sedia ada

Kadangkala apabila berlaku insiden seperti ini, kita akan menjadi terkejut dan kaku. Sebaiknya, kekal tenangkan diri anda dan berfikir sebaik mungkin tentang cara untuk menghadapi situasi berkenaan. Gunakan apa sahaja barangan yang ada seperti beg tangan, kasut dan sebagainya untuk melindungi diri.

5. Simpan penyembur lada di tempat yang selamat

Tiada gunanya memiliki penyembur lada jika anda tidak boleh menggunakannya apabila diperlukan. Justeru, anda harus menyimpan penyembur ini di tempat yang mudah untuk diambil jika berlaku perkara yang tidak diingini.

6. Jika tangan dipegang

Ini merupakan teknik yang dipanggil sebagai ‘peraturan ibu jari’. Jika tangan anda dipegang sebegini, anda hanya perlu memusingkan tangan anda ke arah ibu jari si penyerang. Tetapi pastikan anda melakukan langkah ini dengan cepat dan kemas.

7. Jika rambut anda ditarik

Menarik rambut mangsa merupakan salah satu cara untuk menyerang. Pertama sekali, tarik tangan penyerang dengan kedua-dua tangan anda. Ini akan memberikan anda kawalan sepenuhnya terhadap si penyerang. Selepas itu, anda boleh lakukan apa yang patut seperti menyerang celah kelangkangnya untuk meloloskan diri.

8. Ketika berada di dalam lif

Anda tidak tahu individu yang berada di dalam lif bersama-sama anda. Mereka mungkin jahat atau mungkin tidak. Disarankan untuk anda tidak membelakangi mereka sebaliknya bersandar pada dinding lif dan menghadap mereka yang turut berada di dalam lif berkenaan.

9. Ketika berada di dalam kereta

Jika anda menumpang kereta individu yang tidak dikenali, anda tetap boleh mempertahankan diri dengan melakukan serangan pada kawasan mata, hidung dan juga celah kangkangnya. Duduk di belakang pemandu dan bukan di sebelahnya.

10. Belajar ilmu asas bantuan kecemasan

Mempelajari bagaimana untuk memberikan rawatan kecemasan merupakan perkara yang penting. Ia membolehkan anda membantu orang yang memerlukan sementara menunggu ketibaan bantuan perubatan.

Sumber: Brightside & Elite Readers

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×