berita

10 Tips Untuk Korang Save Bajet & Berjimat Untuk Hari Perkahwinan. Jom Baca!

September 24th, 2018 | by Arini Saleh
Indahnya Perkahwinan

Parents asyik tanya, bila nak bawa balik menantu? Pasangan pun dah sibuk ajak kahwin setiap kali jumpa. Kita pun teringin nak ada family sendiri. Tapi dalam kepala pening fikir duit nak kahwin tak cukup!

Kos nak kahwin ni bukannya sikit. Tak ada duit, memang tak jalan lah. So kita pun fikir, senang ke nak simpan duit? Berapa banyak nak kena simpan setiap bulan? Jangan risau, admin nak share cara korang save budget dan berjimat untuk persediaan majlis perkahwinan.

1. Sediakan bajet & checklist kahwin

Rancang perkahwinan korang dengan menyediakan bajet dan checklist untuk majlis korang dengan cara tetapkan venue, berapa ramai jemputan, serta perbelanjaan untuk pelamin, baju nikah dan sanding, catering dan barang hantaran.

2. Survey pakej kahwin di wedding expo

Sebaiknya korang dan pasangan kunjungi wedding expo yang diadakan setiap tahun so that korang boleh compare pakej-pakej perkahwinan yang ditawarkan oleh wedding planner. Kalau korang bertuah, dapatlah pakej yang murah tapi lengkap!

3. Sama-sama simpan duit. Jangan nak culas!

Kredit: Google

Sediakan tabung simpanan untuk kahwin. Korang atau pasangan bolehlah buat akaun bank khas untuk kumpul duit kahwin setiap bulan.

Contohnya, korang simpan RM500, si dia pon simpan RM500 jugak. Haa..Kan senang sama-sama kumpul. Sweet pulak tu!

4. Dahulukan keperluan, kehendak tu simpan dulu

Bahagikan gaji korang untuk keperluan (kereta atau motor, groceries, duit parents, dll). Kalau boleh korang jangan or kurangkan spend kat barang-barang kehendak. Kawal lah sikit nafsu shopping tu ye. Nak kahwin komitmen kena tinggi guys!

5. Makan kat rumah je!

Kredit: Fit Mag

Kalau nak lagi jimat, tak payahlah hari-hari makan luar. Tinggalkan kejap KyoChon, 4 Fingers tu! Korang masaklah sendiri kat rumah. Yang girls bolehlah practice masak sedap-sedap untuk bakal suami dan guys pulak, bolehlah belajar masak so that lepas kahwin boleh masak untuk isteri hehe.

6. Survey harga borong atau DIY

Bila nak shopping untuk barang-barang kahwin macam doorgifts, cuba survey tempat yang korang boleh beli dengan harga borong ataupun masa tengah sale. Lagi bagus kalau korang gubah or buat doorgifts DIY! Ajaklah family korang tolong lepas tu belanjalah diorang makan.

7. Design kad kahwin yang ngam dengan taste korang

Be creative dan cuba design kad kahwin ikut citarasa korang sendiri. Kan jimat dan mudah tu. Bolehlah korang design kad yang rare sikit. Zaman kan dah moden. Bagi kad kahwin korang guna social media je untuk jimat kos printing.

8. Gubah sendiri hantaran

Kredit: Nora Ima

Satu tips untuk saving duit barang hantaran, ambil je kotak-kotak handphone dan jam branded korang tu, hias dan balut dengan reben cantik-cantik lepas tu korang letaklah atas dulang hantaran.

Dulang hantaran tak perlu banyak-banyak. Cukuplah 3 berbalas 5 atau 5 berbalas 7. Haa dapat jimat lagi kan!

9. Tak payah beli, sewa lagi jimat!

Beralih ke baju nikah dan sanding, admin sarankan korang sewa ja baju pengantin. Tapi kalau nak ada kenangan boleh la beli baju nikah. Bukan apa, korang just pakai baju sanding tu sehari je kan. Baju-baju yang disewa di butik pengantin lebih murah dari harga asal. Mana boleh jimat korang jimat okay!

10. Simpan duit lebih untuk future

Elakkan berhutang sebab korang nak majlis yang grand! Ikut kemampuan korang sendiri dan kalau boleh buat majlis yang simple. Duit lebih tu better korang simpan untuk kehidupan lepas kahwin. Lagi banyak nak pakai duit lepas kahwin tau! Barang keperluan rumah, nak sewa rumah atau korang nak pergi honeymoon ke? Haa.. kan best tu!

So korang plan lah wedding korang dengan bijak ye. Lagi banyak jimat kos lagi bagus!

The following two tabs change content below.