berita

11 Tahun Bersama, Akhirnya Lee Kwang Soo Tinggalkan Running Man

June 14th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Penampilan terakhir Lee Kwang soo di program hiburan Running Man membuatkan ramai penonton berasa sedih kerana sudah tiada lagi telatah lucunya di episod akan datang.

11 tahun Kwang Soo bersama Running Man

Pada April lalu, pihak SBS telah mengumumkan bahawa Lee Kwang Soo yang merupakan salah seorang ahli dalam rancang popular Running Man bakal meninggalkan rancangan berkenaan selepas 11 tahun bersama dengan program itu.

Keputusan berkenaan telah dibuat selepas berbincang dengan teliti bersama ahli-ahli Running Man yang lain, pihak agensi serta pihak penerbitan. Kwang Soo dilaporkan belum sembuh sepenuhnya akibat daripada kemalangan yang telah menyebabkan kecederaan pada buku lali kanannya.

Sebelum episod terakhir disiarkan, penerbit program, Chulmin telah berkongsi satu mesej yang menyentuh hati dan mengucapkan terima kasih atas segala telatah lucu yang membuat peminat serta kru produksi terhibur sepanjang 11 tahun program itu disiarkan.

Penerbit Chulmin kemudiannya berkongsi satu posting dimana Kwang Soo sedang bersiap untuk duduk di dalam kapal terbang dan dia telah meminta penerbit untuk menambahkan ketinggian pesawat berkenaan, jika tidak peminat akan bosan.

Dia selalu memikirkan program dan kerjaya kariernya berbanding dirinya sendiri dan itu menunjukkan sikap profesionalisme yang tinggi. Saya selalu berasa hormat dengan dia walaupun Kwang Soo lebih muda dari saya. Adik kesayanganku Kwang Soo, awak sudah berjaya.

Kwang Soo tak pernah kata ‘tidak’

Seorang lagi penerbit program, Hwanjin turut memuat naik gambar Lee Kwang Soo dengan mukanya dipenuhi dengan cat biru dan mengenai profesionalisme penghibur itu dengan menganggap Kwang Soo sebagai teman yang rapat.

Seingat saya, Kwang Soo tidak pernah berkata ‘tidak’ kepada staf penerbitan walaupun jari kelingkingnya patah semasa permainan tanda nama serta ketika dia demam dan terkena air semasa musim sejuk.

Penerbit Hwanjin juga memuji Kwang Soo kerana setiap kali dia menyunting video Running Man, dia selalu terfikir bahawa Kwang Soo merupakan lelaki yang kelakar dan jika pelawak seluruh dunia melihatnya pasti turut terhibur.

Dalam pada itu, Kwang soo juga turut memuat naik sekeping gambar dirinya menjadi makhluk asing beberapa tahun yang lalu beserta kapsyen dia mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak terlibat dan peminat-peminat yang telah menyokongnya selama ini.

Penerbit menangis semasa penggambaran program

Sumber : Pinkvilla , amillionrm, sbs_runningman_sbs

SKIP THIS AD ×