berita

11 Tahun Melarikan Diri, Bapa ‘Psiko’ Cabul, Rakam Tubuh & Tembak Mati 2 Anak Perempuan Dicari FBI

November 1st, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Sejak beberapa tahun yang lalu, viral di media sosial mengenai pembunuhan kejam seorang lelaki warganegara Mesir yang dikatakan telah menembak dua orang anak perempuannya. Apa yang lebih mengejutkan apabila suspek masih lagi belum ditangkap sehingga sekarang walaupun kejadian membunuh itu telah terjadi sejak tahun 2008 lagi.

Seorang pengguna Facebook, Jack Lester menceritakan kisah kejam berhubung dengan kes pembunuhan yang menyayat hati itu.

Anak pernah buat laporan polis

Mengisahkan tentang dua adik beradik yang mati akibat ditembak oleh bapa kandung mereka sendiri iaitu Yaser Abdel Said yang merupakan warganegara Mesir dan menetap di Amerika Syarikat. Yaser telah berkahwin dengan Patricia, seorang wanita beragama Kristian.

Awal perkahwinan, mereka hidup bahagia. Tapi, enam tujuh bulan selepas itu, Yaser mula menunjukkan belang sebenar. Rupa-rupanya dia ini bukan saja panas baran bahkan kaki dera, kaki pukul dan mempunyai ramai skandal. Mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu seorang anak lelaki, Islam dan dua orang perempuan, Aminah dan Sarah.

Mereka dibesarkan dengan cara hidup Yaser sebagai orang Arab, tetapi hakikatnya gaya hidup lebih kepada style Amerika. Masa kanak-kanak, Aminah dan Sarah ini pernah membuat laporan polis yang mereka dicabul oleh Yaser tetapi laporan itu ditarik balik.

Hidup dikawal oleh bapa

Sepanjang hidup mereka memang kena kawal dengan Yaser. Mereka tidak boleh berkawan sembarangan dengan mana-mana lelaki. Apatah lagi kalau bercinta sebab Yaser dah ada future plan untuk Aminah dan Sarah.

Telefon dan komputer kedua anaknya itu kerap diperiksa oleh Yaser. Tak cukup dengan itu, Yaser siap mengintip lagi anak-anaknya menggunakan kamera video samada di dalam mahupun di luar rumah. Dia juga pernah merakam tubuh badan anak perempuannya itu.

Pernah sekali tu, Yaser mengintip Aminah yang bekerja part time dekat kedai. Dia naik angin sikit sebab Aminah banyak kali mengukir senyuman kepada customer.

Bercinta dalam diam

Rupa-rupanya dalam diam Aminah bercinta dengan seorang lelaki yang bernama Joseph Moreno. Mereka mula berkenalan dalam kelas seni mempertahankan diri. Aminah merahsiakan hubungannya itu daripada Yaser.

Satu hari, hubungan Joseph dan Aminah akhirnya terbongkar gara-gara Yaser terjumpa surat cinta mereka di rumah. Yaser mengamuk sehingga tekad untuk berpindah rumah supaya anaknya itu tidak dapat berjumpa dan berhubung dengan Joseph.

Walaupun begitu, Aminah masih berhubung dengan Joseph secara rahsia dengan telefon dan mengirim surat.

Ibu suruh jumpa bapa, Yaser

Disebabkan tidak tahan dengan perangai Yaser, maka Patricia, Aminah dan Sarah pun tekad untuk melarikan diri dari rumah bagi membina satu kehidupan yang baru. Mereka menyewa sebuah apartment.

Walaupun mereka sudah menukar nombor telefon tetapi Yaser menggunakan keluarga Patricia untuk mengetahui keberadaan isteri dan anak-anaknya itu.

Sehari sebelum tahun baru 2008, Patricia mengajak Aminah dan Sarah untuk pergi ke rumah saudara di Texas. Pada mulanya Sarah bersetuju untuk ikut dengan rasa berat hati, manakala Aminah menolak. Tetapi akhirnya keuda-dua bersetuju dengan cadangan ibunya.

Patricia menyuruh Aminah dan Sarah untuk pergi berjumpa dengan Yaser. Kata Patricia, Yaser dah memaafkan mereka tetapi Aminah tetap berdegil tak mahu berjumpa dengan Yaser.

Ditembak dalam teksi

https://www.facebook.com/wan.sheehan.5/videos/pcb.468983450630539/468983397297211/?type=3&theater

1 Januari 2008, Yaser pergi menjemput Aminah dan Sarah dengan teksi. Yaser memujuk anak-anaknya itu untuk mengikutnya pergi makan. Aminah dan Sarah termakan juga pujukan itu. Ingatkan mereka betul-betul berjumpa untuk pergi makan.

Sekali Yaser menembak mati kedua-dua anaknya itu dalam teksi dan video ini saat-saat akhir Sarah membuat panggilan kecemasan.

Selepas menembak mati Aminah dan Sarah, Yaser menghilangkan diri. Walaupun ada beberapa laporan mendakwa melihat Yaser memandu teksi di sekitar New York, dia masih gagal ditemui hingga ke hari ini.

Kini, Yaser Abdel Said adalah salah seorang daripada sepuluh individu buruan yang paling dikehendaki oleh pihak FBI.

Sumber: Jack Lester

SKIP THIS AD ×