berita

12 Anggota Polis Urus Mayat Warga Asing Positif Covid-19 Tanpa Disedari

April 13th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Polis Daerah Kota Kinabalu telah dikejutkan dengan penemuan mayat warga asing yang misteri dipercayai telah membunuh diri. Tambah mengejutkan lagi, selepas seminggu menguruskan mayat tersebut, seramai 12 anggota polis telah diarahkan untuk menjalani ujian saringan kesihatan kerana mereka telah menguruskan mayat yang mempunyai virus Covid-19.

Ditemui tergantung atas pokok

Sebelum ini, pada 6 April, Harian Metro melaporkan tentang penemuan mayat seorang lelaki tanpa identiti yang dipercayai warga asing di kawasan Kampung Pondo, Pulau Gaya, di Kota Kinabalu. Mayat tersebut ditemui oleh orang kampung di kawasan bukit berkenaan sebelum menghubungi pihak polis.

Mayat positif Covid-19

Semua anggota yang terdedah sudah menjalani saringan kesihatan dan mereka juga diarah mengasingkan diri di rumah masing-masing sementara menunggu laporan kesihatan daripada hospital.

Keputusan ujian itu dijangka akan siap hari ini. kita mendoakan semua anggota terbabit selamat daripada jangkitan virus berkenaan.

Namun, laporan terbaru Harian Metro hasil bedah siasat mengesahkan bahawa mayat tersebut menghidap wabak Covid-19. Susulan dengan itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji mengarahkan semua anggota yang terlibat dalam menguruskan kes tempoh hari diminta untuk menjalani ujian saringan dan kuarantin diri di rumah masing-masing.

Diklasifikasi sebagai bunuh diri

Setakat ini, kes masih diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi Ketua Balai Polis Pulau Gaya Asisten Superintendan (ASP) Mohd Zulfikar Abd Salam di talian 0198009455.

Tambahnya lagi, ketika kejadian semua anggota yang bertugas mengenakan langkah-langkah pemakaian selamat termasuk memakai topeng muka dan sarung tangan. Motif kematian mangsa dipercayai bunuh diri dan mayatnya masih belum dituntut sesiapa.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×