berita

12 Tahun Jalin Cinta, Akhirnya The Rock Tamatkan Zaman Bujang Di Usia 47 Tahun

August 21st, 2019 | by Shahira
Hollywood

Kepada peminat yang mengikuti sukan perlawanan gusti World Wrestling Entertainment (WWE) pasti akan mengenali ahli gusti yang terkenal dengan tagline If You Smell What The Rock Is Cooking. Siapa lagi kalau bukan The Rock atau nama sebenarnya Dwayne Douglas Johnson. Selain merupakan mantan WWE, The Rock juga merupakan seorang pelakon yang telah banyak membintangi filem-filem terhebat.

Baru-baru ini kecoh di media sosial berkaitan dengan perkahwinan ahli gusti terkenal The Rock bersama kekasih hatinya yang dikenali sejak tahun 2006 lagi. Jom kita tengok gambar pernikahan pasangan merpati dua sejoli ini.

Bercinta dari tahun 2007

https://www.instagram.com/p/B1V5m7WFfUy/?utm_source=ig_web_copy_link

Menerusi CNN Entertainment, Dwayne Johnson telah memilih 18 Ogos sebagai tarikh pernikahan bersama pasangan hati, Lauren Hashian. Berita baik ini diumumkan oleh pasangan tersebut di akaun instagram mereka. Dalam posting itu, mereka berdua meluahkan rasa syukur atas perkahwinan ini.

Menerusi gambar yang dimuatnaik di instagram pasangan tersebut, Dwayne Johsnon dan isterinya mengenakan pakaian yang sedondon bersama jambangan bunga. Meskipun ramai yang terkejut dengan posting tersebut, rata-rata mereka mengucapkan tahniah kepada pasangan ini.

Dikurniakan dua cahaya mata

https://www.instagram.com/p/BxYfDgKHWbF/?utm_source=ig_web_copy_link

Sementara itu, Johnson dan Hashian telah berkenalan sejak tahun 2006 dan mula menjalin hubungan pada tahun 2007. Hasil daripada hubungan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Jasmine dan Tiana.

Pada bulan Julai 2018, Johnson memberitahu ‘Entertainment Tonight’ bahawa dia tidak tergesa-gesa untuk menikahi Hashian.

Sepanjang masa saya menganggap dia adalah isteri saya. Jadi ramai orang tanya awak sudah berkahwin ke? dan saya menjawab, tidak, jangan tergersa-gesa big daddy.

Sebelum ini, Johnson pernah mendirikan rumah tangga bersama penerbit filem, Danny Gracia selama 10 tahun sebelum mereka membuat keputusan untuk berpisah. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Simone yang kini berusia 18 tahun.

Sumber: CNN Entertainment, Dwayne Johnson

 

SKIP THIS AD ×