berita

13 Penyelam Terbaik Dunia Bantu Operasi Menyelamat Mangsa Gua Tham Luang

July 8th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Operasi mengeluarkan 13 mangsa yang terperangkap dalam gua dekat Tham Luang Thailand telah dimulakan hari ini. Pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada penyelam memulakan operasi pada jam 10 pagi tadi waktu tempatan.

Ketua operasi, Narongsak Osottanakorn memberitahu seramai 13 orang penyelam antarabangsa, lima penyelam Thailand dan lima penyelam SEAL telah terlibat. Mangsa pertama dijangka dapat dikeluarkan sekitar jam 9 malam ini.

Misi menyelamat dimulakan hari ini

Gambar – Ratusan tangki2 oksigen yang dibekalkan oleh Thai Navy Seal untuk SAR yang diletakkan di mulut gua.

KEMASKINI MISI MENYELAMAT 12 ORANG KANAK-KANAK YANG TERPERANGKAP DI GUA THAM LUANG, THAILAND.

12 kanak-kanak dan jurulatih pasukan bolasepak mereka telah terperangkap selama 15 hari setakat ini. Mereka mula meneroka gua Than Kuang pada 23 Jun.

Mereka terperangkap kerana laluan keluar telah ditenggelami air. Ketika itu mereka berada 2.5km dari pintu gua

Operasi mencari dimulakan sebaik sahaja mereka dilaporkan hilang. Setelah 9 hari misi mencari dijalankan, mereka ditemui dalam keadaan selamat oleh penyelam British.

Dibantu pasukan penyelam terbaik dunia

Salah satu kolam yang menghalang laluan ke mulut gua

Dilaporkan, seorang penyelam dari pasukan tentera laut Thai terkorban kerana lemas sewaktu misi pencarian.

Setelah merancang, pihak berkuasa Thai telah umumkan hari ini operasi menyelamat sudah bermula.

Pasukan penyelamat yang terdiri daripada 13 orang penyelam luar, dan 5 penyelam tentera laut Thai telah memulakan operasi.

13 penyelam luar itu adalah di kalangan penyelam terbaik dunia, manakala 5 orang lagi adalah penyelam terbaik tentera laut Thai.

Paras air telah turun dengan ketara semenjak Sabtu. Pasukan penyelamat mengatakan mereka sudah bersedia.

Tiada kenyataan dibuat sama ada mangsa perlu menyelam keluar daripada gua, tetapi media diberitahu paras air telah surut sehingga kebanyakan laluan gua boleh dilalui dengan berjalan.

Ada 3 idea menyelamat yang diketengahkan, iaitu: menyelam, menggali laluan baharu, atau tunggu sehingga monsun tamat. (rujuk gambar)

Elon Musk cadangkan kapal selam mini

Elok Musk pula mencadangkan idea ke-4 yang lebih canggih, melibatkan penggunaan kapal selam mini. (rujuk gambar)

Operasi menyelamat mungkin berlangsung selama 3 hari. Mangsa akan dibawa keluar dari gua, satu per satu.

Pegawai penyelamat memberitahu bahawa mereka mungkin akan berhenti dan mula operasi menyelamat bergantung kepada cuaca.

Mangsa dikatakan berada dalam keadaan bersemangat dan bersedia. Keluarga mangsa telah telah diberitahu tentang rancangan menyelamat, dan mereka bersetuju.

Koordinator operasi memberitahu pasukan penyelamat akan bergelut dengan air dan masa kerana hujan monsun akan melanda bila-bila masa.

Semoga misi ini berjaya!

Menurut laporan Astro Awani, Ketua Pegawai Eksekutif Tesla dan Space X, Elon Musk berusaha bersama juruteranya untuk mencari idea sesuai bagi menyelamatkan mangsa terperangkap. Oleh itu, mereka tampil dengan idea membina sebuah kapal selam mini menggunakan bahagian-bahagian daripada teknologi angkasa lepas. Menurutnya lagi, pembinaan kapal akan selesai dalam masa lapan jam dan kemudian penerbangan ke Thailand mengambil masa 17 jam.

Sumber : Kamarul Ariffin Nor SadanMohd Aznam Abdul Rahman , Astro Awani

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×