berita

13 Tahun Murtad, Penyanyi Indonesia Kembali Peluk Islam – ‘Sejak Kebelakangan Ini Hati Saya Tak Tenteram’

May 25th, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Selepas 13 tahun membuat keputusan untuk keluar daripada agama Islam dan menganuti agama Kristian, penyanyi Nania Yusuf kembali memasuki Islam selepas melafazkan kalimah syahadah 21 Mei lalu.

Kembali memeluk Islam

Menurut Nania, dia memutuskan untuk memeluk agama Islam balik selepas murtad kerana mendakwa dirinya mendapat hidayah serta tertanya-tanya bagaimana pengakhirannya ketika meninggal dunia nanti.

Sejak kebelakangan ini hati saya berasa tidak tenteram. Saya tertanya-tanya jika meninggal dunia nanti, bagaimana saya akan diuruskan? Siapa yang akan mendoakan saya.

Ujar bekas peserta Indonesian Idol ini lagi, hubungan dia bersama ibunya menjadi renggang selepas dia menganuti agama Kristian pada tahun 2009.

Keluarga saya semuanya Islam. Mereka memang menentang keras keputusan saya menganuti agama Kristian.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 38 tahun itu mengatakan bahawa dia turut berasa takut jika suatu hari nanti ibunya meninggal dunia, wanita itu tidak akan mengampunkan segala dosanya selain kehilangan doa dan restu daripada seorang ibu.

Walaupun akhirnya mereka berkata okey, namun saya tahu hati mereka tidak tenteram.

Alhamdulillah saya diberikan hidayah untuk kembali menjadi muslim berkat doa dan dukungan orang tua, kawan-kawan dan semua yang sudah mendoakan saya.

Alhamdulillah semoga istiqamah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nania Yusuf (@nania.yusuf)

Sumber : Kosmo, nania.yusuf

SKIP THIS AD ×