berita

13 Tahun Syak Isteri Curang, Lelaki Ragu Status Anak Nangis Tengok Keputusan DNA, Rupanya Memang Anak Sendiri!

June 14th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Baru-baru ini viral mengenai satu kisah seorang suami yang mengesyaki isterinya berlaku curang dengan rakan sekerjanya sehingga wanita itu melahirkan seorang anak lelaki. Namun kecurigaan sejak 13 tahun lalu akhirnya terungkai selepas pasangan yang dipercayai dari negara Cina ini sepakat untuk melakukan ujian DNA.

13 tahun syak isteri curang

Si suami yang dikenali sebagai Qin Zhinan (bukan nama sebenar) merupakan seorang guru sementara isteri, Wang Lu (bukan nama sebenar) turut bekerja di sekolah yang sama. Difahamkan, Qin Zhinan mula meragui status anak lelakinya itu selepas dia mendapati bahawa golongan darahnya dan isteri adalah jenis O manakala anak lelakinya itu memiliki golongan darah jenis B.

Tidak terhenti di situ, dia juga sering mendengar khabar angin mengenai isterinya yang dikatakan mempunyai hubungan dengan seorang guru lelaki di sekolah yang sama. Bukan itu sahaja, lelaki ini turut mendakwa wajah kanak-kanak tersebut mirip dengan wajah ‘kekasih gelap’ isterinya. Perkara tersebut berpanjangan sehingga bertahun-tahun lamanya sehinggalah pada suatu hari, Qin Zhinan mula mengorek kembali masa silam isterinya.

Rupa-rupanya ada satu malam guru lelaki (kekasih gelap isteri) dikatakan tidak pulang ke rumah dan tidur di sekolah. Hal ini secara tidak langsung menguatkan lagi kecurigaan bahawa isterinya berlaku curang. Susulan daripada itu, Wang Lu meminta suaminya menunjukkan bukti bahawa anak lelakinya itu memiliki golongan darah jenis B namun Qi Zhinan tidak dapat membuktikan kerana hospital tempat anak itu dilahirkan telah dipindahkan dan maklumat kelahiran juga telah hilang.

Ujian DNA bongkar segalanya

Menurut Wang Lu, dia sudah berkali-kali melakukan ujian DNA dan hasil menunjukkan anaknya juga memiliki golongan darah jenis O. Dia juga menegaskan bahawa anak lelakinya itu adalah anak kandungnya bersama suami. Namun lelaki itu masih tidak percaya.

Jika anak itu bukan anak kandung awak, saya akan bawa dia dan keluar dari rumah tapi jika dia adalah anak kandung awak, awak harus memberi penjelasan kepada saya.

Tidak tahan asyik dicurigai, Wang Lu meminta suaminya melakukan ujian peterniti dan dalam masa yang sama, Qi Zhinan baru ada keyakinan membawa anak lelakinya untuk melakukan ujian DNA. Hasil ujian tersebut membuktikan bahawa kanak-kanak itu merupakan anak kandungnya. Setelah terbukti dirinya tidak bersalah, Wang Lu mula memfailkan penceraian namun Qi Zhinan enggan melepaskan isterinya.

Qi Zhinan menangis dan meminta maaf atas kesalahannya yang tuduh melulu. Anak lelakinya akui sedih kerana selama ini bapa kandungnya telah mencurigai status kelahirannya. Menurut sumber, Wang Lu tidak meneruskan proses penceraian selepas dinasihati oleh ahli keluarga.

Sebelum ini, Qin Zhinan pernah mengalami koma akibat kemalangan jalan raya dan ketika itu Wang Lu sedang hamil 5 bulan. Ingatan Qi Zhinan sering terganggu akibat kecederaan pada kepala yang dialaminya. Sejak daripada itu, keperibadian Qi Zhinan mula berubah dan secara tidak langsung membuatkan lelaki ini mula berfikiran bahawa isterinya itu berlaku curang.

Sumber: Eva.vn, Trends Tribunnews

SKIP THIS AD ×