berita

15 Ahli Keluarga Beego Positif COVID-19, Emak Dah Mula Sakit Tekak – ‘Dah Sempurna Dua Dos Vaksin Tapi Tetap Bimbang Juga’

August 30th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Penyanyi dan pelakon Beego mengakui terkejut selepas diduga dengan khabar berita yang tidak menyenangkan apabila seramai 15 anggota keluarganya yang berada di Johor Bahru kini disahkan positif Covid-19.

Saya tak pasti punca

Menurut Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah berkata ahli keluarga yang dijangkiti itu adalah nenek, ibu saudara, sepupu yang hamil tujuh bulan serta sepupu kanak-kanak berusia tiga dan empat tahun.

Memang agak mengejutkan apabila mendapat tahu ramai anggota keluarga saya disahkan positif Covid-19. Namun, kesemua mereka yang menetap di Johor Bahru itu bukanlah tinggal serumah.

Ada satu kawasan tiga keluarga dan ada juga yang tinggal di tempat lain. Tapi, hubungan kekeluargaan memang rapat, namun yang pasti tak tahu dari mana datangnya jangkitan ini.

Mungkin ada mana-mana individu yang bertemu dengan ahli keluarga saya dan dari situlah mula tersebarnya jangkitan virus Covid-19 itu.

Emak mula sakit tekak

Bercerita lebih lanjut, suami kepada pelakon Linda Hashim menyatakan ketika ini emaknya yang menguruskan dan menjaga neneknya yang berusia 80 tahun dan masih menjalani kuarantin di rumah.

Bagaimanapun, dia akui risau apabila emaknya mengadu mula sakit-sakit tekak namun dia mengharapkan tiada apa-apa yang buruk.

Saya hubungi emak untuk bertanyakan khabar mereka. Emak pun mengadu mula ada gejala sama. Syukurlah, nenek dan emak dah sempurna dua dos vaksin jadi bila dah ada ‘ safety’ sikit, kira okey dan terus berdoa untuk mereka segera sembuh.

Namun, saya tetap bimbang juga. Ini kerana, nak balik ke Johor menjenguk mereka pun agak sukar pada masa sekarang.

Kebanyakan ahli keluarga saya dah lengkap mendapat dos kedua vaksin. Jadi, apabila positif Covid-19 pun, mereka di dalam tahap satu dan dua.

Mereka juga sangat menjaga prosedur operasi standard (SOP) sebab ada yang hanya duduk dalam rumah dan tak keluar pergi ke mana-mana pun kena. Mungkin juga yang positif itu dah bawa balik virus ke rumah dan jadi punca ia merebak.

Dalam pada itu, Beego menasihatkan semua pihak agar sentiasa berjaga-jaga untuk mengelak dari terkena jangkitan Covid-19.

 

Sumber: Harian Metro, Instagram @beego_linda

SKIP THIS AD ×