berita

’15 Hari Di Dalam Wad Sebagai Pesakit Covid-19′

April 3rd, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah ungkapan yang paling sesuai menggambarkan situasi yang sedang dihadapi oleh Qalbie Ghani sekeluarga apabila mereka disahkan dijangkiti wabak maut iaitu Covid-19.

Qalbie Ghani menerusi akaun Facebook miliknya ada berkongsi tentang perjalanan hidup dan pengalamannya sepanjang 15 hari dikuarantinkan di wad pesakit Covid-19.

Positif Covid-19

15 hari di dalam wad sebagai pesakit covid-19. Mungkin ramai yang terkejut dengan tajuk di atas. Tak ramai yang tahu. Saya hanya bagi tahu dekat ahli keluarga dan rakan-rakan rapat sahaja. Bukan apa, emosi sedikit terganggu 2 minggu kebelakangan ni. Jika yang tanya, ‘macam mana boleh kena covid-19, Ini saya bagitau secara details.

Awal bulan Mac ada beberapa orang jemaah tabligh Thailand yang berkunjung ke surau berdekatan rumah. Abah memang sering ke surau tersebut. Disebabkan abah pun dah mula menyertai tabligh, maka abah suka bercampur dengan jemaah-jemaah tabligh yang datang ke surau ni.  Abah pun beberapa kali membantu mereka sepanjang mereka di sini. Hari terakhir jemaah di surau sini, abah telah menumpangkan mereka dan menghantar mereka ke surau berikutnya iaitu di Wakaf Che Yeh.

Dua hari selepas itu abah sakit-sakit tekak.  Keesokan harinya abah demam dan mula hilang selera makan. Pada masa tu, dah kecoh dalam media tentang jemaah tabligh Brunei yang positif Covid-19 setelah pulang dari Sri Petaling. Malam tu aku terlintas untuk tanya abah dan abah akui ada salah seorang dari jemaah Thailand yang datang hari tu kurang sihat. Dan sememangnya mereka baru pulang dari Sri Petaling. Ummi berkeras menyuruh abah pergi ke klinik.

Ada kontak dengan tabligh Seri Petaling

Jumaat, abah pergi ke Klinik Kesihatan Kota Bharu (KKB). Doktor bagi tahu untuk buat saringan Covid-19, tidak ada di KKB memandangkan pada hari Jumaat.  Doktor minta abah hadir kembali hari Ahad dan abah akan dibawa ke Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa untuk saringan covid. Petang Jumaat umi pula start demam. Aku dan adik, Yus dah risau. Aku minta Yus bawak ummi ke KKB esok hari.

Sabtu. Umi ke KKB bersama Yus. Doktor cuma bekalkan ubat-ubat demam, selesema dan batuk. Umi ambil ubat ikut turutan. Begitu juga dengan abah. Ahad. Abang sham (abang ipar) bawa abah ke klinik. Umi dah sedikit baik dari demam.  Tengahari selepas balik dari klinik setelah buat ujian saringan covid, abah mula asingkan diri daripada kami. Abah banyak menghabiskan masa di rumah sebelah (rumah yang kami jadikan homestay).

Isnin. Umi dah tak demam. Abah makin hilang selera makan. Selasa. Aku berada di luar rumah. Mendapat panggilan daripada Yus mengatakan abah disahkan positif covid-19. Yus minta aku balik segera sebab kami sekeluarga perlu menjalani saringan covid memandangkan kami adalah kontak rapat kepada abah.

Di bawah adalah catatan jurnal dari hari pertama sehingga kami discaj dari hospital. Pada awal abah disahkan positif covid, berita tentangnya viral satu kampung tak sampai 2 jam. Kami sekeluarga yang sedang menunggu giliran untuk ujian saringan pada waktu tu dah rasa tertekan. Orang kampung seolah-olah memandang hina, jijik kepada kami sekeluarga. Sedangkan apa yang terjadi bukannya kami yang cari. Pada masa inilah barulah dapat tahu hati masing-masing, yang mana ikhlas dan yang mana hanya pura-pura.

Hari 1 hingga 10

Selasa 17.03. 20: Abah positif covid 19. Ambulans datang ambil abah jam 11 pagi. Petang – Ujian saringan sekeluarga di Klinik Kesihatan Perol.

Rabu 18.03.20 (Day 1) 5.00 ptg – Aku, Umi, Yus dan Kimi disahkan positif covid 19. Jam 8.00 malam warded di Hospital Tumpat. Malam – ambil darah

Khamis 19.03.20 (Day 2) Ambik darah. Umi on oxygen sebab pernafasan tak cantik. Doktor nak hantar umi ke HRPZ Kota Bharu.  Jam 2.30 ptg umi transfer ke HRPZ. Sempat berikan kata2 semangat untuk umi. Malam – start ambil ubat. 2 biji sekali telan, ubat ni ambil 2x sehari. Cuba hubungi telefon umi tapi tak dijawab.

Jumaat 20.03.20 (Day 3). Tak ambil darah. Masih cuba hubungi umi, masih tak dijawab. Petang – dapat berita dari umi, rupa-rupanya umi tidak dihantar ke HRPZ kerana wad penuh. Umi dihantar ke Hospital Kuala Krai (HKK). Doktor hubungi abah mengatakan umi dalam keadaan kritikal dan doktor nak bagi pernafasan mesin.

Sabtu 21.03.20 (Day 4). Ambik darah dan keadaan umi masih sama.

Ahad 22.03.20 (Day 5). Tak ambik darah, dapat berita umi stabil. 3 hari sebelum ni doktor tiarapkan umi untuk cantikkan pernafasan dan paru-paru. Hari ni dah diterlentangkan. Alhamdulillah.

Isnin 23.03.20 (Day 6). Tak ambil darah, keadaan umi stabil. Masih intubed.

Selasa 24.03.20 (Day 7). Tak ambil darah dan genap seminggu.

Rabu 25.03.20 (Day 8). Ambil darah, keadaan umi masih sama cuma ada sedikit jangkitan kuman pada paru-paru.

Khamis 26.03.20(Day 9). Tak ambil darah. Keadaan umi masih sama. Doktor kembali tiarapkan umi sbb paru-pru tak cantik kalau terlentangkan.

Jumaat 27.03.20 (Day 10). Keadaan umi stabil. Doktor akan cuba terlentangkan umi esok. Buah pinggang umi ada masalah sikit. Mungkin esok start dialisis. Seorang nurse shift petang pengsan ketika memeriksa bp pesakit. Kepenatan dan kepanasan dalam sut khas. Allahu Akbar pengorbanan nurse menjaga kami.

Keadaan semakin pulih

Sabtu 28.03.20 (Day 11). Tak ambil darah. Tak ada xray. Perkembangan umi, doktor dah terlentangkan kembali umi. Nampak ok.  Darah umi ada sedikit jangkitan. Doktor tambah 1 jenis lagi ubat untuk jantung. Buah pinggang akan didialisis, kalau tak petang ni mungkin esok. Doktor kata sekarang terpulang kepada umi. Kalau umi kuat lawan, virus tu dapat dilawan.

Ahad 29.03.20 (Day 12). Ambil darah. Swab test pertama dalam wad dan X ray. Ujian saringan kedua untuk family (kak long, abang sham, epu, anak-anak saudara) di KK Perol. Semoga semua keputusan negatif. Aamin. Petang,  Kak Long dapat call dari HKK. Keadaan ummi semakin ok. Penggunaan oxygen 40%. Buah pinggang dah didialisis petang semalam.

Isnin 30.03.20 (Day 13). Pagi doktor call untuk tanya tahap kesihatan. Secara overall semua makin baik. Tiada selsema, tiada demam, tiada batuk, tiada cirit birit, makan berselera. Keputusan swab test belum keluar. Kalau  result negatif, In Shaa Allah boleh discharged. Tengahari, adik kimi dah buat swab test. Peyus dah tak ray petang, peyus buat swab test.

Perkembangan ummi. Tengahari – jantung kami umpama berhenti berdenyut seketika bila dapat call dr K. Long (sambil menangis) bagitau dia dapat call dari doktor HKK minta waris umi ke sana segera sebab pagi ni result darah umi tak cantik dan kaki umi sejuk.  Lepas zohor, abah, kak long dan epu ke sana.  Sepanjang waktu menunggu berita, dunia kami rasa kosong. Doa, zikir dan selawat tak henti dari mulut. (Kedua-dua kami uzur, maka tak dapat nak solat hajat).

Kami paksa diri telan nasi sebab ingatkan pesan abah, jangan biarkan perut kosong. Tambahan pulak kami bersemangat untuk dapat discharged memandangkan hari ni dah hari ke13 kami warded. Dalam pukul 3 lebih (petang) dapt Whatsapp daripada kak long. Umi kembali stabil. Syukur Alhamdulillah.

Doakan kesembuhan Umi

Selasa 31.03.20 (Day 14) . Pagi – doktor call bagitau result darah ok, result xray paru-paru pun dah cantik tapi doktor pakar nak result yang lebih cantik. Sejak petang semalam, dah tambah 1 jenis lagi ubat. Tunggu result swab test untuk selanjutnya. Keadaan umi tiada perubahan. Stabil. Malam, k. Long call bagitau lewat petang doktor HKK call update keadaan ummi. Hari ni umi bergantung sepenuhnya pada mesin. Tiada respon bila doktor check mata. Doktor minta family bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Rabu 01.04.20 (Day 15)  Ok. Dah start stress. Pada 9.50 pagi, doktor call bagitau nak ambik darah dan xray pagi ni. Dah merayu dekat doktor nak balik. Doktor kata ambil darah dan xray dulu then tengok kata pakar. Ya Allah! Tak tau nak gambar perasaan ni. Air mata dah tak berhenti mengalir, doa dan ingatan pada umi tak putus-putus. Jam 3.00 petang, adik kimi discharged. Alhamdulillah. 4.30 petang, aku dan adik, Fairuz akhirnya discharge. Alhamdulillah, Syukur Ya Allah.

Hari ini Khamis 02.04.2020 tengahari dapat berita dari doktor HKK mengatakan keadaan umi tiada perubahan. CT scan yang dilakukan ke atas umi menunjukkan brain death. Lampu disuluh ke mata umi pun tiada tindak balas. Ya Allah!  Beratnya ujianMu ini. Abah pesan, kami perlu redha dan bersedia dengan apa yang bakal terjadi. Untuk sesiapa yang mengenali umi saya, maafkan beliau jika umi ada buat salah menyinggung perasaan sesiapa tanpa beliau sedari. Sudilah kiranya anda titipkan doa buat umi, Azizah bt Minah.

Sumber: Qalbie Ghani

SKIP THIS AD ×