berita

15 Petugas Kesihatan Dijangkiti Covid-19, Seorang Berada Di ICU – Ketua Pengarah Kesihatan

March 20th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Gelombang kedua COVID-19 di Malaysia hari ini menyaksikan rata-rata pihak berkuasa termasuk pihak polis giat melakukan sekatan jalan raya seiring dengan Perintah Kawalan Pergerakan diumum kerajaan.

Setakat hari ini, Malaysia telah mencatatkan 900 kes positif Covid-19 dengan 2 kes kematian. Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia iaitu Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah mengesahkan 15 orang petugas kesihatan barisan hadapan dijangkiti wabak ini.

Seorang petugas di ICU

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia memaklumkan salah seorang daripada 15 petugas kesihatan (KKM) telah berada di ICU dan sangat memerlukan bantuan pernafasan.

Sehingga hari ini, 12 petugas kesihatan KKM dan 3 daripada sektor kesihatan swasta telah dijangkiti virus COVID-19. Salah seorang daripada 12 kakitangan KKM tersebut kini berada di ICU dan memerlukan bantuan pernafasan.

Duduk di dalam rumah

Malah, dia juga mengambil kesempatan ini meninggalkan pesanan kepada orang ramai untuk sentiasa duduk di dalam rumah bagi mengurangkan penularan wabak ini.

Virus ini tidak mengenal sempadan, tanpa mengira status bangsa, agama atau nilai harta anda, tambahan lagi jika anda seorang petugas kesihatan di barisan hadapan medan perang ini.

Pesanan ringkas kami kepada orang ramai pada hari ini. Bantu kami untuk membantu anda. Duduk di rumah.

Perjuangan barisan hadapan

Sumber: Hisham Abdullah

SKIP THIS AD ×