berita

15 Tahun Jadi Ibu Tunggal, Akhirnya Mas Idayu Bakal Berkahwin Dengan Penerbit Eksekutif TV3

April 10th, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Penyanyi dangdut Mas Idayu mengumumkan bahawa dia bakal berkahwin dengan lelaki pilihannya iaitu Sufian Isa yang merupakan Penerbit Eksekutif di TV3 pada September ini.

Artikel berkaitan : Mas Idayu Tak Tolak Jodoh Di Usia 50 Tahun, Akui Sedang Rapat Dengan Seseorang

Bermula dari usikan rakan-rakan

Siapa sangka bermula daripada usikan rakan-rakan ketika program Lagu Cinta Kita (LCK) tahun lalu, akhirnya dua hati bertaut menjadi satu. Namun begitu, pemilik nama sebenar Masidayu Mesnun mengatakan bahawa dia sudah mengenali Sufian sejak program Mentor 3 pada tahun 2008. Walau bagaimanapun, hubungan mereka menjadi  lebih serius sejak beberapa bulan lalu.

Sejujurnya saya sendiri tidak menjangka akan melalui fasa ini sekali lagi. Apatah lagi selepas 15 tahun hidup sendiri.

Cuma dua tahun kebelakangan ini saya memang berdoa agar dipertemukan jodoh yang baik. Dalam diam siapa sangka jodoh saya dalam kalangan orang yang selalu bekerjasama.

Ujarnya lagi, peserta LCK tidak berkahwin, namun mereka pula yang bakal mendirikan rumah tangga dan dia menganggap bahawa ia adalah jodoh buat dirinya.

Tiada istilah melamar

Tambahnya lagi, Sufian dikatakan sudah berjumpa dengan kakak sulungnya. Baginya, tiada istilah bakal suaminya itu melamarnya kerana mereka sudah memahami isi hati antara satu sama lain.

Dia terus cakap nak jumpa keluarga saya yang kebetulan datang dari kampung. Kalau nak bercakap soal persiapan, sekarang ini sudah 30 peratus siap. Tempat pula ada beberapa pilihan, tinggal nak pilih saja.

Penyanyi dangdut berusia 50 tahun ini juga meluahkan rasa gembira kerana dapat ditemukan dengan lelaki yang boleh menjaganya. Malah sepanjang empat kali berjumpa, anaknya yang aturkan tempat untuk mereka.

Sumber : Harian Metro

SKIP THIS AD ×