![]()
Dalam ofis anda mesti ada beberapa kerat rakan sekerja yang kuat sembang kan? Kadang-kadang mereka ni boleh mengganggu konsentrasi anda yang tengah berlambak-lambak kerja.
Malah, datang ‘menyembang’ dan bergosip pula kat depan meja anda. Aih.. bos dah usha panas je. Nanti bos fikir anda tak buat kerja pula. Nah, kami beri beberapa tips atasi puak-puak macamni. Huhu.
1. Buat-Buat Busy & Dengar Radio
![]()
Ini adalah cara yang paling halus. Bila anda nampak je kelibat si polan mula mengatur langkah ke tempat anda, cepat-cepat pakai headphone. Walaupun tiada muzik, sekurang-kurangnya si polan tahu anda mungkin tidak mendengar apa yang diperkatakan olehnya.
2. Buat Signboard ‘Tidak Dibenarkan Bersembang’
![]()
Kan sekarang ni banyak signboard cantik-cantik yang boleh ditempah khas di bazar hipster. Ala. Dekat E-Curve Damansara selalu ada. So, anda tempah la signboard ‘tidak dibenarkan bersembang’ besar-besar.
3. Baca Surah Al-Asr Dekat Telinga Dia
![]()
Bagi yang beragama Islam, ini adalah yang paling afdhal. Baca je surah ‘Al-Asr’ yang menceritakan tentang pembaziran masa oleh manusia. Yelah, bos dah bayar gaji untuk buat kerja tetapi dibazirkan masa dengan bersembang pula. Dah tentu si polan rasa terbakar je. Hehe.
4. Cerita Pengalaman Rakan Lain Yang Dibuang Kerja Kerana Kuat Bersembang
![]()
Bukan nak takut-takutkan. Tapi inilah realitinya dan untuk kebaikan si polan tu juga. Yelah, silap haribulan dengan anda sekali dapat surat diberhentikan oleh bos. Tak ke naya jadinya tu?
5. Tegur Beramai-Ramai
![]()
Kadang-kala mereka ni tak sedar bahawa diri mereka terlebih ‘bersembang’ di pejabat. Jadi, tak salah rasanya jika anda dan officemate sepakat untuk menasihatkan si polan ni secara baik.
6. Minta Dia Tolong Buat Kerja Anda
![]()
Agaknya kerja si polan tu dah siap semua kerja dan ada kelapangan masa yang membosankan dirinya. Jadi, bolehlah anda minta dia tolong buat kerja anda sikit-sikit. Hahaha.
7. Suruh Dia Install Talking Tom & SimsSimi
![]()
Sebenarnya best juga tau main aplikasi ni. Bila boring dapatlah menghiburkan hati dengan jawapan yang diberikan oleh Talking Tom & Simi-simi. Kadang-kadang takde kena mengena pun jawapan yang diberi.
8. Suruh Mak Cik Cleaner Layan Dia Bersembang
![]()
Memandangkan semua orang pun sibuk dan mak cik cleaner office anda sedang berehat, anda cadangkan si polan supaya bergosip dengan mak cik cleaner tersebut.
9. Buat Muka Penuh Emosi, Garang & Serabut
![]()
Anda sudahlah memang banyak kerja, busy tahap maksima. Jadi, anda pancarkan keserabutan anda menerusi riak wajah. Muka mesti ada reaksi marah dan bengis. Dah tentu si polan pun takut nak dekat.
10. Susun Balik Kedudukan Tempat
![]()
Datang je ofis anda tengok dia duduk di sebelah anda sambil tengah prepare tajuk ceritanya hari ini. Jadi, untuk mendapatkan ketenangan maksima, anda susun balik kedudukan tempat dan pilih yang agak jauh daripadanya.
11. Beri Respon Yang Minima
![]()
Macam main aplikasi whatsapp juga lah. Ada masanya anda hanya akan membalas text yang panjang dnegan huruf ‘k’. Jadi, bila si polan datang ke empat anda, anda haya perlu jawab ‘k’,’oh‘ dan yang seumpanya sahaja.Lama-lama dia mesti naik fed up.
12.Cadangkan Dia Supaya Tukar Profesion Lain
![]()
Dek kerana mulutnya yang tidak henti-henti berceloteh, anda cadangkan supaya dia minta kerja sebagai pengacara atau deejay radio yang memang kerjanya bercakap sahaja. Why not kan kalau dah dia memiliki bakat semulajadi untuk bercakap 24 jam.
13. Minta Tukar Department
![]()
Ish.. Dah buat pelbagai cara tapi tak jalan juga? Apakata anda minta sahaja tukar department lain. Yelah, kalau nak kerja ni perlu environment yang menenangkan juga.
14. Buat Luahan Jujur
![]()
Anda nak tegur tapi takut pula dia terasa hati. Dia pun kawan anda juga. Jadi, apakata anda berbincang mengenai hal ini daripada hati ke hati gitu. Untuk kebaikan bersama juga kan?
15. Minta Nasihat Bos
![]()
Ni langkah yang agak drastik juga lah. Bukan mahu mengenakan member, tapi kadang-kala nasihat daripada superior juga yang ‘jalan’. So, good luck!






![[VIDEO] Ucapan Datuk Red Di Majlis Sanding Undang Sebak – ‘Alhamdulillah Enam Anak Hadir, Biar Pun Saya Mencari Lagi Empat Tapi Tiada’](https://asset.ohbulan.com/2026/07/datuk-red.jpg)

