berita

16 Idea Resipi Puri & Bubur Untuk Bayi Umur 6-8 Bulan, Mudahnya!

January 23rd, 2019 | by Arini Saleh
MyResipi

Apabila bayi sudah mencapai usia 6 bulan, mereka sudah mula dibenarkan untuk diberi makanan pejal seperti puri atau bubur. Untuk membuat puri, buah-buahan perlu dikukus atau direbus dahulu sebelum dikisar halus.

Bagi ibu bapa yang ‘kering idea‘ tak tahu nak masak apa, jom ikut resipi menarik wanita ini. Yang penting sangat mudah dan berkhasiat!

Bubur nasi sayur bayam

Menu untuk 8 bulan 

Bubur nasi sayur bayam

Resepi
– Beras wangi 2 sudu sukatan susu tepung
– Beberapa helai daun bayam
– Beberapa ekor ikan bilis

Semua basuh bersih
Rebus ikan bilis dengan beras terlebih dahulu sehingga nasi lembik jadi bubur baru masukkan sayur bayam..

Dah siap sejukkan kejap baru blend

Bubur sayur kubis bunga

Bubur baby 8 bulan

Bubur sayur kubis bunga

– Beras wangi 2 sudu sukatan susu fm
– Sayur kubis bunga
– 3 biji kurma

Cara-cara
Rebus beras terelebih dahulu baru masukkan kurma dan sayur kubis bunga… Semua dah empuk dan dibiarkn sejuk seketika baru blend.. Kalau pekat sangat boleh tambah sedikit jer air

Bubur nasi

Try bubur nasi
Simple.. Tak ada bahan perasa cukup rasa manis dari lobak merah..

Resepi
– Beras wangi segenggam
– Lobak merah
– Isi ayam..

Rebus semua bahan bersama air sehingga masak.. Sejukkan seketika baru blend.. Masa blend hanya tambah sedikit olive oil.. Done

Bubur hijau brokoli

Bubur hijau

– Beras wangi

– Brokoli

– Ikan bilis

Rebus semua bahan bersama air sehingga masak.. Sejukkan seketika baru blend..

Bubur labu kurma


Beras putih dan beras perang berbeza khasiat dia…

Kita nak jaga berat badan baby kena pakai beras putih yang biasa.. Kasi up berat takut guna beras perang berat boleh turun.. Tu beras untuk diet atau pesakit kencing manis molek amalkan..

Bubur kurma


Beras
Unsalted butter
Kurma

Puri labu & brokoli

Sekarang Baby Ziqri dah start makan..
Walau sibuk dengan kerja seharian
Ummi try sedaya upaya masak.. Masak dan masak..

Resepi
– Labu kuning
– Brokoli
– 3 biji kurma buang biji n kulit

Semoga ank ummi happy

Labu kuning & kurma


– Labu kuning
– 3 biji kurma buang biji dan kulit

Kukus dan masukkn sedikit air bila nak blend

Labu kuning & sweet potato


Resepi
– Labu kuning
– Japanes sweet potato
– Sedikit air bila nak blend

Pear & epal


Resepi
– Buah pear
– Buah epal
– 3 biji kurma buang kulit dan biji
– Beberapa biji bluberry

Avokado & kurma


Resepi
– Avocado
– 3 biji kurma
– Sedikit susu bf/fm

Kukus avocado dan kurma.. Nak blend campurkan sedikit air susu bf/fm..

Pisang & kismis


Resepi
– Buah pisang
– Kismis

(Pisang manis kismis masam-masam sikit)
Rida kukus sekejap jer kasi lembut
Pastu blend dan terus suap baby mkn

Betik & kurma


Resepi
– Betik
– Sebiji kurma
– 3 biji kismis

Rida tak kukus cuma kismis dan kurma Rida rendam dalam air panas. Pastu blend jer semua dan tapis ye, masa blend letak air sikit.

Labu kuning, pear & kurma


Resepi
– Labu kuning
– Buah pear
– 3 biji kurma buang kulit dan biji

Kukus buah labu dulu lepas tu baru masukkan pear dan kurma. Kukus sekejap, boleh angkat dan tapis buang air kukus dalam piring buah tu. Nak blend tambah air suam sikit.

Labu kuning, lobak merah & kurma


Resepi
– Labu kuning
– Lobak merah
– 3 biji kurma buang kulit dan biji

Boleh terus kukus bersama. Dalam 10minit dah masak boleh tos buang air. Nak blend tambah air suam sikit. Siap!

Labu, ubi kentang & kurma


Peberet Ziqri

Resepi
– Labu
– Ubi kentang jepun
– Kurma

Alat-alat penting


Alat-alat penting bila Rida buat bubur/puri untuk Ziqri

1. Blender
2. Penapis
3. Pengukus

Sumber: Rida Shafie