berita

18 Jenama Kereta Dinobat Kereta Terbaik Di Carlist People’s Choice Award 2018

November 27th, 2018 | by Arini Saleh
Shout Out!

Sebagai salah satu peneraju laman web automotif, Carlist.my telah mengadakan Carlist People’s Choice Award 2018 untuk mengiktiraf barisan jenama kereta yang menjadi kegemaran ramai. Majlis gilang-gemilang ini berlangsung pada 23 November lalu bertempat di Ruyi & Lyn Restaurant Lounge, di Bangsar Shopping Centre.

Sudah diadakan 2 kali dalam tahun 2018

Majlis Carlist People’s Choice Award  ini merupakan majlis kedua yang diacarakan dalam tahun 2018. Selain dari kategori yang bertanding pada majlis anugerah yang lepas seperti Budget Car of The Year, Green Car of The Year, MPV Car of The Year dan sebagainya, Carlist.my juga memperkenalkan kategori baru iaitu Editors’ Choice Award. Kategori ini diperkenalkan untuk mengiktiraf jenama kereta yang paling mendapat sambutan dalam kalangan editor dan golongan profesional di Carlist.my.

Sepanjang 4 minggu talian undian dibuka kepada orang ramai untuk mengundi barisan jenama kereta yang digemari, sebanyak 7000 undian dapat dikumpul berdasarkan 18 kategori yang dipertandingkan.

Honda mendominasi kategori gold

Nampaknya pada malam tersebut, Honda merupakan jenama yang menungguli carta dengan mengutip mata emas paling banyak, diikuti dengan Toyota dan Mazda.

Bukan itu sahaja, buat pertama kalinya 5 model kereta dipilih dibawah kategori Editors Choice Award. Untuk kategori Outstanding Design dimenangi oleh Mazda 6, Most Family-friendly Interior dimenangi oleh Volvo XC40, Proven Durability dimenangi oleh Isuzu D-Max, Accessible Performance dimenangi oleh Volkswagen Passat dan  Proton X70 membawa pulang kategori Connectivity and Infotainment Award.

Untuk senarai penuh pemenang Carlist.my People’s Choice Award 2018, anda boleh ke laman web Carlist.my untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Tahniah buat semua pemenang!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×