berita

18 Pelajar Sekolah Rendah Maut Dalam Insiden Tembakan Di Texas

May 25th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Texas Selatan, Amerika Syarikat, seorang remaja telah melepaskan tembakan di sebuah sekolah rendah sehingga menyebabkan 18 kanak-kanak dan tiga orang dewasa terbunuh.

Bunuh nenek sebelum lakukan tembakan

Menurut pihak berkuasa, kejadian tersebut berlaku di Robb Elementary School di bandar Uvalde, Texas, kira-kira 128 kilometer di barat San Antonio. Tambah pihak berkuasa, suspek yang dikenali sebagai Salvador Ramos turut maut dalam kejadian berkenaan. Salvador dipercayai ditembak mati oleh polis yang bergegas ke lokasi kejadian.

Dua anggota polis yang berada di kawasan itu turut mengalami kecederaan. Sehingga kini, pihak berkuasa menyatakan bahawa suspek bertindak sendirian dan motif kejadian masih belum diketahui. Menurut gabenor, Greg Abbott, suspek dipercayai meninggalkan kenderaan di sekolahnya, sebelum memasuki sekolah rendah berkenaan dengan senjata api. Pihak penyiasat turut mendapat maklumat bahawa Ramos menembak dan membunuh neneknya sebelum melakukan tembakan di sekolah.

Dilaporkan bahawa suspek menembak neneknya sebelum pergi ke sekolah itu. Tetapi saya tidak maklumat selanjutnya.

Bendera diturunkan separuh tiang

Dalam pada itu, Hospital Universiti di San Antonio, menerusi Twitter berkata, pihak mereka menerima dua individu dari kejadian tembakan di Uvalde iaitu wanita berusia 66 tahun dan budak perempuan berumur 10 tahun. Kedua-duanya dikatakan kritikal. Pada masa yang sama, presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mengarahkan supaya bendera diturunkan di separuh tiang sehingga matahari terbenam sehingga 28 Mei sebagai memperingati tragedi itu. Difahamkan, murid di sekolah berkenaan berusia antara tujuh dan 10 tahun.

Sumber: CBS News

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×