Katie & bapa kandung, Steven Pladl
Kisah hubungan sumbang mahram antara seorang gadis bernama Katie bersama bapa kandungnya, Steven Pladl pernah mendapat liputan hangat oleh media sekitar tahun 2018.
Katie dijaga keluarga angkat
Katie Fusco
Pada tahun 1995, Steven Pladl berkenalan dengan seorang gadis berusia 15 tahun iaitu Alyssa Garcia. Mereka kemudian menjalinkan hubungan cinta sebelum nekad untuk berkahwin. Pada tahun 1998, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Denise. Disebabkan Steven seorang suami dan bapa yang sangat panas baran, Alyssa dan Denise sering dipukul.
Tidak sanggup melihat anak perempuannya itu derita, Alyssa kemudian menyerahkan Denise kepada keluarga angkat iaitu Anthony dan Kelly Fusco di Dutches, New York. Semasa di bawah jagaan keluarga angkat, nama Denise ditukarkan kepada Katie Fusco.
Katie hamil hasil hubungan dengan bapa kandung
Katie lahir cahaya mata, Bennet
Pada tahun 2007, Alyssa melahirkan seorang lagi cahaya mata perempuan dan cahaya mata ketiga pada tahun 2012. Ketika Katie mencecah usia 18 tahun (2016), dia mula ingin tahu mengenai keluarga kandungnya. Dia akhirnya berjaya menjejaki Alyssa dan Steven menerusi media sosial.
Mereka kemudian bersatu kembali sebagai sebuah keluarga. Katie bersama ibu bapa dan dua adik perempuannya tinggal sebumbung di Virginia. Namun siapa sangka, lain pula yang jadinya apabila Katie dan bapa kandungnya mempunyai hubungan sulit sehingga mereka tidur sekatil. Lebih mengejutkan apabila dua beranak ini tergamak melakukan hubungan badan sehingga Katie hamil. Tidak tahan dengan situasi tersebut, Alyssa akhirnya keluar dari rumah dan menuntut cerai daripada Steven.
Steven kemudian meminta dua anak perempuannya (adik Katie) menganggap Katie sebagai ibu tiri dan bukan sebagai kakak. Selepas mengetahui mengenai kehamilan Katie, Alyssa membuat laporan polis namun tiada sebarang penangkapan dibuat. Katie dan Steven kemudian berpindah sebelum mereka berkahwin. Tetapi perkahwinan tersebut dianggap ‘sah’ kerana Katie dan Steven tidak mendedahkan status sebenar mereka.
Katie minta putuskan hubungan
Katie & Steven besama keluarga ketika majlis perkahwinan
Pada tahun 2017, Katie selamat melahirkan anak lelaki, Bennet hasil perkahwinannya dengan Steven. Tidak lama selepas itu, pasangan ini sekali lagi dipanggil oleh pihak polis namun dibebaskan. Sejak daripada itu, Katie telah kembali ke pangkuan keluarga angkatnya. Sementara keluarga Steven mendapat hak penjagaan ke atas Bennet.
Pada tahun berikutnya, Katie menghubungi Steven dan nekad untuk memutuskan hubungan mereka. Steven kemudian mengambil Bennet, 7 bulan dari rumah orang tuanya dan melemaskan bayi tersebut sebelum meninggalkan mayatnya di dalam almari baju. Steven kemudian menuju pula ke New York untuk bertemu dengan Katie. Di sana, dia melihat Katie keluar berdua dengan bapa angkatnya.
Steven mengekori kenderaan yang dinaiki Katie sebelum bertindak menembak Katie dan bapa angkatnya sehingga mati. Steven kemudian menembak dirinya sendiri.
Sumber: True Case Files