berita

2 Ahli Dadali Band Meninggal Dunia Sebab Covid-19

July 14th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Dua orang daripada ahli kumpulan Dadali Band telah disahkan meninggal dunia disebabkan positif Covid-19. Gitaris kumpulan itu iaitu Yuda telah menghembuskan nafas terakhirnya pada minggu lalu, manakala, pemain keyboard iaitu Rix telah disahkan meninggal dunia pada 13 Julai 2021, 4.50 pagi waktu tempatan.

Sempat jalani kuarantin diri

Sumber foto: Tribun News

Memetik laporan CNN Indonesia, berita yang menyedihkan itu telah dimaklumkan oleh pihak pengurusan Ascada Musik pada pagi semalam. Difahamkan, pemain keyboard kumpulan itu hanya mengalami simptom ringan tetapi kesihatannya semakin merosot apabila mengetahui Yuda meninggal dunia pada hari Khamis lalu.

Iya, berita meninggal itu benar. Dia pergi pada pukul 4.50 pagi kerana jangkitan Covid-19. Rix sempat menjalani kuarantin diri di rumah sebelum ini. Selepas Yuda meninggal, kesihatannya semakin merosot.

Dalam pada itu, vokalis Dadali Band iaitu Dyrga turut dijangkiti Covid-19 dan mengalami ruam di bahagian leher.

Keadaan mereka berdua berbeza. Riz hanya mengalami gejala ringan dan tiada semam tetapi hanya berasa tidak sedap badan. Selepas menerima khabar Yuda meninggal dunia, dia sangat terkejut. Rix menghubungi saya dan dia terkesan dengan berita itu.

Tenang di sana sahabat

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dyrga Dadali Family (@dyrganp_dadali)

Sumber: CNN Indonesia

SKIP THIS AD ×