berita

2 Anggota Polis Maut Kejar Mat Rempit Lumba Haram

August 8th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Dua anggota polis lelaki yang menjalankan operasi samseng jalanan dilaporkan maut selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 24.4 Lebuhraya Silk arah Kajang ke Putrajaya.

Anggota polis dilaporkan maut

Sekadar gambar hiasan

Ujar Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, menerusi laporan Harian Metro menjelaskan kejadian tersebut berlaku pada jam 1.30 pagi dan seorang anggota polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang berpangkat Sarjan menunggang motosikal dari arah Kajang ke Putrajaya.

Menerusi siasatan awal, sebaik tiba di lokasi kejadian anggota berkenaan dilaporkan bertembung dengan motosikal lain yang ditunggang anggota polis dari Cawangan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) D4 IPD Kajang berpangkat Konstabel.

Kedua-dua mangsa adalah anggota dari IPD Kajang yang sedang bersama-sama melakukan tugas Operasi Samseng Jalanan. Ketika kejadian mangsa sedang mengejar suspek lumba haram.

Jelas Zaid lagi, lokasi tersebut adalah laluan yang sering digunakan oleh samseng jalanan bagi berlumba. Kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk urusan bedah siasat. Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kemalangan.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×