Foto: Aceh Tribunnews
Hajat seorang pensyarah untuk bergelar isteri tidak kesampaian apabila dia ditemui mati dalam keadaan tergantung di sebuah bilik di pangsapuri berdekatan kediamannya.
Pensyarah ditemui mati dalam bilik
Foto: Inews Jabar
Pensyarah, Catherin Rumambo Mogot Pandin yang mengajar di Universiti Informatika dan Perniagaan Indonesia (Unibi) Bandung sepatutnya mendirikan rumah tangga pada bulan Mei tahun ini dan difahamkan, segala persiapan majlis sudah pun dilakukan.
Menurut sumber, mangsa dilaporkan hilang oleh keluarganya pada 21 Mac sebelum mayatnya ditemui di bilik sebuah pangsapuri lain yang terletak tidak jauh dari kediamannya pada 27 Mac lalu.
Namun, kematian Catherin masih menjadi persoalan sama ada ianya angkara jenayah atau membunuh diri. Susulan daripada itu, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kematian mangsa.
Saya berharap penyiasat segera membongkar punca kematian, sama ada membunuh diri atau dibunuh. Kerana ini penting untuk mengetahui latar belakang semua ini.
Sumber: Aceh Tribunnews