berita

2 Daripada 5 Pemilik Kucing Tak Bawa Kucing Mereka Berjumpa Pakar Veterinar. Kenapa?

December 2nd, 2016 | by Noraniza
Shout Out!

cat-new

Alahai.. Comelnya lah kucing ni kan? Maka, tak hairanlah kalau ramai yang ‘bersahabat’ dengan kucing. Dahla manja dan kebanyakannya memang setia dengan tuannya.

Tapi, apakah ganjaran yang korang berikan kepada kucing korang? Berapa kali korang dah bawa kucing kesayangan korang berjumpa pakar veterinar?

40% tuan kucing tidak pernah bawa kucing mereka ke veterinar. Kenapa?

cat-used

Pelik juga kami apabila mengetahui fakta bahawa 2 daripada 5 individu yang membela kucing tidak membawa kucing mereka ke pusat veterinar tahun ini untuk pemeriksaan kesihatan menyeluruh. Ini antara sebab utama:

Terlalu risau berkenaan kos rawatan di pusat veterinar.

Menganggap kucing mereka tidak ada masalah kesihatan.

Menganggap Kucing boleh jaga diri sendiri.

Menurut Pengurus Perhubugan Korporat dan Komunikasi Saintifik Royal Canin Malaysia, Dr Calvin Cheah, kucing mempunyai kelebihan untuk menyembunyikan kesakitan, oleh itu kebanyakan pemilik kucing tidak tahu kondisi kesihatan sebenar kucing mereka. Seringkali pemilik hanya tersedar bahawa kucing mereka tidak sihat apabila penyakitnya sudah melarat. Kesian kan?

Jadi, pemeriksaan rutin harus dilakukan terhadap kucing korang untuk memastikan kesihatannya sentiasa dalam keadaan yang baik dengan mendapatkan vaksin dan penghalang parasit. Bagaimanapun, pakar veterinar juga menasihatkan agar pemilik kucing lebih prihatin terhadap sebarang perubahan berlaku kepada kucing kesayangan. Contohnya seperti kurang selera makan, kurang pengambilan air, masalah pernafasan dan sebagainya.

So, jom join kempen MyCat2Vet!

cat-dr

Untuk pengetahuan korang, Royal Canin telah melancarkan kempen MyCat2Vet untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan membuat pemeriksaan kesihatan kucing di pakar veterinar.

Oleh itu, Royal Canin juga menyenaraikan 200 klinik veterinar seluruh negara di mana pemilik boleh membawa kucing mereka untuk pemeriksaan kesihatan yang lebih terperinci sebelum terlewat.

Menarikkan? Jadi, korang boleh klik di www.mycat2vet.my untuk maklumat lanjut. Sayangilah kucing korang ya!

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)