berita

2 Hari Anak Mengadu Sakit Perut, Bila Diperiksa Rupa-Rupanya Saluran Usus Besar Penuh Najis

July 11th, 2019 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Sakit perut bukan satu penyakit tetapi ia adalah petanda masalah kesihatan atau penyakit yang lain. Namun masih ramai yang tidak ambil peduli tentang petanda ini dan merasakan ianya perkara biasa yang tidak berbahaya.

Seperti dikongsi ibu ini apabila sangkakan anaknya hanya gastrik. Bila diperiksa doktor rupa-rupanya najis dalam usus terlalu banyak ekoran buang air besar yang tidak lawas. Jangan pandang ringan ye..

Selalu sakit perut

(sekadar gambar hiasan)

Ceritanya dah 2 hari kakak sakit perut tiba tiba, kakak ni sebenarnya kerap sakit perut, tak boleh tersalah lapar sikit, tak boleh tersalah tak makan sikit. Kak fizz dok ingat gastrik la kan, sebab dulu bawa gi klinik Dr kata gastrik!

Biasa kalau gastrik, lepas sapu minyak telon #afwa, walid urut urut dah OK, tapi semalam tak dapat tidur, pagi tadi pun still sakit lagi.

Peringkat umur macam ini selalu kena

(sekadar gambar hiasan)

Lama dah sakit, jalan pun membongkok, tengahari tadi bawa pi hospital. Sampai kat kecemasan, Dr tanya historyla kan, kak fizz citerla semalam sakit perut, kiranya harini dah 2 hari, sebelum ni selalu jadi gini tapi lepas sapu-sapu n urut OK!

Dr pun terus cakap ‘ok gini puan, peringkat umur dia ni memang ramai kena macam dia, satu pandangan yang agak tajam renungan mata Dr padaku ketika itu.

Najis dalam usus berkumpul

(sekadar gambar hiasan)

Hati kak fizz dah berdetak detak rasa tunggu apa yang Dr nak bagitahu.’ Saya rasa najis dalam usus anak puan banyak ni, dia buang air besar tapi tak lawas, tak keluar semua, bila yang lama2 ada tertinggal sikit sikit, lama lama bila yang baru ada ia semakin berkumpul dan berkumpul. Ginilah kita buat X-ray abdomen dulu tengok macam mana.

Long story short, lepas X-ray dah keluar, Dr panggil n tunjukkan result X-ray tadi. Dr cakap sambil tunjuk di xray, puan ni ada najis beekumpul kat sini, kat sini dan satu saluran usus besar anak puan penuh dengan najis.

Faktor tak makan sayur

Tanpa ku tanya Dr terus explain kenapa? Biasa terjadi dan memang ramai di peringkat umur macam anak puan jadi macam ni, biasanya berpunca dari faktor pemakanan, biasala budak2 tak makan sayur(sambil terasa disitu sebab ibu dia pun tak makan sayur.

Sahkan budak orang tua pun tak makan sayur jugak. Macam tahu jer Dr ni. Takpela nanti kita bagi ubat untuk bantu keluarkan semua sekali, sebab kalau tak nanti najis tu akan berkumpul kat situ. Herm angguk jela kepala menurut perintah. Dok terpk kalau anak aku yang umur 11tahun macam tu dah, gamaknya aku yang dah setengah abad ni apala citernya kan. Dr nasihatkan makan sayur, buah buahan dan minum air masak banyak.

Sumber : Afiza Jamaludin