berita

2 Peralatan Berteknologi Tinggi Ini Buat Udara Jadi Bersih & Aktiviti Mengemas Rumah Jadi Seronok!

December 19th, 2022 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Korang tak boleh nafikan mengemas rumah adalah antara aktiviti yang paling memenatkan terutama sekali buat para suri rumah tangga yang bekerjaya.

Walau bagaimanapun, aktivti ini boleh menjadi lebih mudah dan menyeronokkan dengan adanya 2 peralatan berteknologi tinggi ini di rumah korang. Nak tahu peralatan apa yang dimaksudkan? Korang kena la scroll sampai bawah.

Bersih dengan sekali penggunaan!

Korang pernah dengar tak mengenai Xiaomi Truclean W10 Wet Dry Vacuum?

Ini la salah satu peralatan rumah berteknologi tinggi  yang min maksudkan diatas. Vakum ini berbeza tau dengan vakum-vakum yang lain.  Berkemampuan menyedut, mengemop dan membasuh, vakum ini memiliki sistem pintar yang mampu mengesan dan menyesuaikan kuasa sedutan secara automatik berdasarkan jumlah habuk, sisa cecair dan bulu haiwan yang dikenalpasti.

Bukan itu je, vakum ini turut dilengkapi dengan mod pembersihan dengan suhu tinggi 75°C2 bagi memastikan proses pembersihan lebih efisien dalam sekaliguna.

Kalau korang memang dah lama tercari-cari vakum berteknologi tinggi dengan harga terjangkau, Xiaomi Truclean W10 Wet Dry Vacuum adalah antara pilihan terbaik yang ada di pasaran sekarang.

Min recommend gilerrr produk ni sebab dia ada fungsi pembersihan sendiri. Lepastu, korang tak perlukan baldi dah sebab vakum ni datang dengan pangkalan pembersihan automatik yang mampu menampung sehingga 3 liter air. Jadi, air dalam tangki tadi akan diisi semula secara automatik setiap kali korang bilas atau bersihkan berus vakum korang.

Tambahan pula, vakum ni ada fungsi pengeringan sendiri yang korang tak kan dapat pada vakum-vakum lain yang ditawarkan di pasaran pada harga yang sama.

Hirup udara bersih dan bebas habuk di mana sahaja dengan tenang!

Selain Xiaomi Truclean W10 Wet Dry Vacuum, Xiaomi Smart Air Purifier 4 Compact juga adalah antara peralatan rumah berteknologi tinggi yang wajib korang grab.

Mampu memerangkap sehingga 99.97% partikel habuk halus sekecil 0.3 microns, penulen udara Xiaomi Smart Air Purifier 4 Compact memiliki sistem penapis 3 dalam 1. Sistem ini  menyingkirkan bakteria dan allergen yang tidak diingini dan ianya telah diuji dan diperakui sendiri oleh TÜV Rheinland.

Disamping itu, saiznya yang kompak dengan rekaan moden buat ruang tamu, bilik tidur, dapur dan ruangan pejabat tampak lebih berkelas.

Bagi korang yang nak cuba dan lihat sendiri kedua-dua peralatan ini, singgah sahaja ke outlet Xiaomi yang berdekatan dengan korang. Confirm korang tak kan rasa rugi.

Harga produk adalah seperti berikut:

Xiaomi Truclean W10 Wet Dry Vacuum: RM3,599

Xiaomi Smart Air Purifier 4 Compact: RM459

Maklumat lanjut berkaitan Xiaomi Truclean W10 Wet Dry Vacuum boleh didapati di SINI. 

Layari> ttps://www.mi.com/global/product/xiaomi-smart-air-purifier-4-compact/ untuk maklumat lengkap Xiaomi Smart Air Purifier 4 Compact.

SKIP THIS AD ×