berita

2 Tahun Hilang Selepas ‘Diculik’, Kanak-Kanak Perempuan Disorok Ibu Bapa Sendiri Dalam Bilik Rahsia

February 17th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Mirror

Misteri kehilangan kanak-kanak kecil yang hilang selama dua tahun dikenali sebagai Paislee Shultis, dipercayai diculik oleh kedua ibu bapanya akhirnya terbongkar selepas pihak polis berjaya menjumpainya tersembunyi di sebuah bilik rahsia bawah tangga pada Isnin lalu.

Mangsa dilaporkan hilang di New York pada tahun 2019 dan dia ketika itu baru sahaja berusia 4 tahun.

Hilang selama 2 tahun

Foto: BBC

Memetik laporan Mirror, Paislee Shultis berusia 6 tahun didakwa diculik oleh kedua ibu bapanya selepas mereka hilang hak penjagaan berikutan bercerai. Susulan daripada itu, kanak-kanak ini tinggal bersama penjaga sahnya di Cayuga Heights, New York sebelum diculik.

Bagaimanapun pihak polis mendapat maklumat mengenai kanak-kanak itu sebelum bertindak menggeledah sebuah rumah di Fawn Road serta mendapatkan info daripada orang ramai.

Ujar bapa kandungnya, Kirk Shultis, dia sama sekali tidak mengetahui akan keberadaan anak perempuanya itu. Namun, semasa pemeriksaan dilakukan Detektif Erik Thiele menjumpai satu ruang bawah tanah yang menarik perhatiannya.

Akhirnya dijumpai

Foto: Mirror

Detektif ketika itu menyuluh lampu suluh ke arah tangga dan ‘terjumpa’ sepasang kaki kecil di dalam bilik sementara yang dirahsiakan di belakang tangga.

Kanak-kanak itu telah disembunyikan di dalam bilik sementara, di bawah tangga tertutup menuju ke ruang bawah tanah kediaman itu.

Setelah menanggalkan papan tangga, kanak-kanak itu dan penculiknya, Kimberly Cooper ditemui bersembunyi di dalam ruang yang gelap dan basah.

Susulan daripada itu, kanak-kanak ini telah dibawa ke ibu pejabat Jabatan Polis Saugerties bagi pemeriksaan lanjut sebelum dikembalikan kepada penjaga sahnya.

Ibu bapa kepada mangsa telah ditangkap dan akan didakwa berikutan campur tangan hak jagaan kanak-kanak.

Sumber: Mirror

SKIP THIS AD ×