berita

20 Hari Bertarung Nyawa, Ibu Hamil Maut Selepas Rambut Tersangkut Dalam Mesin Hingga Kulit Kepala Tercabut

February 8th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Foto: New York Post

Malang nasib menimpa seorang wanita hamil tujuh minggu apabila dia disahkan meninggal dunia selepas sebahagian dari kulit kepalanya tercabut apabila rambutnya tersangkut pada sebuah mesin di kilang.

Rambut tersangkut dekat mesin

Foto: Mirror UK

Insiden ngeri itu berlaku ketika mangsa, Umida Nazarova menghadiri temu duga kerja di sebuah kilang menghasilkan wayar kimpalan dan elektrod di Belarus. Menurut ibu mangsa iaitu Olga, anak perempuannya berusia 21 dibawa melihat kawasan dan fasiliti kilang namun siapa sangka tiba-tiba rambutnya yang tidak diikat tersangkut pada salah sebuah mesin perindustrian di situ sehingga melilit lehernya.

Rambutnya melilit leher dan ‘tertarik’ ke dalam mesin itu. Seandainya kulit kepalanya tidak dicabut, dia akan ‘tercekik’ kerana rambutnya sendiri.

Susulan daripada itu, mangsa mengalami kecederaan serius di kepala dan sebahagian kulit kepalanya tercabut. Mangsa kemudian tidak sedarkan diri dan segera dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Setelah 20 hari bertarung nyawa, mangsa disahkan meninggal dunia.

Mangsa meninggal dunia

Foto: New York Post

Sementara bapa mangsa iaitu Dmitry seakan mempersoalkan mengapa pekerja di kilang tersebut langsung tidak memberikan apa-apa kepada mangsa untuk menutup rambutnya sedangkan mereka semua nampak bahawa anak perempuannya itu berambut panjang.

Menurut Jawatankuasa Penyiasatan Belarus, ketika kejadian, seorang pekerja sedang menunjukkan kepada Nazarova bagaimana peralatan itu beroperasi. Individu itu kemudian berhenti seketika untuk membuat rekod dalam daftar.

Apabila pekerja itu menoleh ke belakang, dia melihat mangsa sudah terbaring di atas lantai dan dalam keadaan tidak sedarkan diri. Rambutnya berpintal di dalam mesin.

Susulan insiden itu, seorang pegawai kilang yang bertanggungjawab telah dijatuhi hukuman kerana gagal menjalankan tugas, tidak jujur dan cuai hingga menyebabkan kematian. Difahamkan, kilang berkenaan telah menanggung kos pengebumian mangsa.

Sumber: New York Post, Mirror UK

SKIP THIS AD ×